Assalamualaikum Warohmatullah.....Ahlan Wasahlan..!!

Thursday 20 December 2012

Kahwin Paksa

Assalamualaikum,

Apabila terbaca satu  status oleh adik Saifudin tentang :

Ada ustazah kata kahwin paksa ni paling2 menangis seminggu kemudian nanti suka juga dengan suaminya... Jangan menafikan kerahmatan dalam islam. Bukakanlah seluas-luasnya khabar kerahmatan dan keadilan di dalam islam !

maka terpanggil untuk mengarang dan berkongsi maklumat dengan sahabat-sahabat semua.

 

Istilah ' kahwin paksa ' ini hanya khusus untuk bakal pengantin wanita sahaja. Sebab dia yang terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga, walaupun mungkin sudah ada pilihan sendiri. Dalam isu ini, mungkin gadis dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sendiri yang memang bertaraf Wali Mujbir.

Bagi pengantin lelaki pula, tidak layak dipanggil kahwin paksa kerana kalau dia sendiri melafazkan " Aku terima nikahnya si fulanah binti fulan , dengan mas kahwin sebanyak RM..... Tunai ", bermakna dia sendiri dah redho dan terima perkahwinan itu. Kalau dia sendiri dah terima, bermakna setujulah tu. Apa yang ada dalam hatinya, Wallahua'lam.

Bagaimana pun, ada beberapa khilaf dan pendapat ulama mengikut mazhab. Dan isu ini telah dibahaskan oleh fuqaha’ sejak dahulu lagi. Perbahasan mereka dapat diikuti dalam kitab-kitab fiqh pelbagai mazhab. Perbahasan yang dilakukan meliputi segenap aspek yang berkaitan dengan perwalian (wilayah) dalam urusan perkahwinan seperti siapa yang layak menjadi wali, hak dan tanggungjawab wali, susunan wali, jenis-jenis wali dan lain-lain. 

Pertama: Mazhab Syafie.

Dalil yang dipegang ialah sabda Rasulullah yang bermaksud: “Wanita yang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya. Dara pula dinikahkan oleh ayahnya”. [ Ad-Daru Qutniy ]

Walau bagaimanapun, keharusan ini dengan bersyarat, iaitu,

1- Wali yang menikahkan itu ayah kandung kepada gadis tersebut atau datuknya. Wali yang lain daripada kedua-duanya tidak boleh menikahkannya tanpa izin daripadanya. 2- Tidak ada permusuhan yang nyata dan ketara antara kedua-duanya (ayah dengan anak yang dinikahkan itu)

3- Lelaki yang dipilih oleh wali sekufu atau sepadan dengan anaknya.

4- Mahar yang ditetapkan tidak lebih rendah daripada wanita lain yang sama taraf serta kedudukan dengan gadis tersebut. Sekiranya mahar dalam bentuk wang, ia mestilah dengan mata wang tempatan.

5- Lelaki yang dinikahkan dengan anaknya mestilah mampu membayar maharnya.

6- Lelaki yang dinikahkan itu bukan terdiri daripada orang yang menyusahkan gadis tersebut seperti orang buta, kurang upaya atau terlalu tua.

7- Ketika pernikahan dilakukan, gadis tersebut tidak termasuk dalam golongan mereka yang telah diwajibkan haji ke atasnya (sihat, mempunyai perbelanjaan yang cukup, aman perjalanan dan ditemani mahram).

Syarat-syarat di atas, sebahagiannya adalah syarat sah nikah dan sebahagiannya syarat mengharuskan pernikahan dilakukan. Syarat 1, 2 dan 5 adalah syarat sah. Sekiranya wali menikahkan anaknya tanpa syarat tersebut maka pernikahan itu tidak sah.

Kedua: Mazhab Hambali

Menurut Ibn Qudamah, ada dua riwayat daripada Imam Ahmad, satu riwayat menyebut bahawa wali harus menikahkan anak gadis yang sudah baligh tanpa izinnya dan riwayat kedua mengatakan tidak harus. Riwayat yang mengatakan harus berpegang kepada hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: “Janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, manakala anak dara diminta izin daripadanya. Dan keizinannya ialah diamnya.” [ Muslim dan Abu Daud ].

Menurut pendapat ini, wali yang boleh menikahkan seseorang gadis tanpa izinnya adalah ayah kandung kepada gadis itu atau penerima wasiatnya (wasi). Selain mereka berdua adalah tidak harus, hatta datuk atau bapa saudaranya. Dan disunatkan bagi wali meminta izin daripada anak gadis yang ingin dinikahkan sejajar dengan saranan Rasulullah dalam hadis di atas. 

Di samping itu, disunatkan juga meminta pandangan ibu gadis tersebut kerana rapatnya hubungan antara ibu dengan anak perempuannya, dan ibu juga sama dengan ayah dari segi memikirkan jodoh serta kebahagiaan rumah tangga anaknya. Dengan cara itu, hak ibu tidak diketepikan dan hatinya akan lebih bahagia. 

Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya), “Mintalah pandangan kaum wanita tentang anak-anak perempuan mereka.” [ Riwayat Abu Daud ]. Sekiranya gadis tersebut sudah mempunyai pilihan sendiri yang sekufu dengannya, maka pilihannya diutamakan. Imam Ahmad berkata, pernikahan adalah hak peribadinya yang khusus. Maka wali atau wasi (penerima wasiat) tidak wajar memaksa gadis berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Sekiranya wali enggan menikahkan anaknya yang berusia sembilan tahun (yang sudah baligh dan berakal) atau lebih dengan lelaki pilihannya, maka wali dianggap ‘adhil (ingkar) dan gugur haknya sebagai wali. Jika berlaku berulang kali, maka dia menjadi fasiq.

Ketiga: Mazhab Maliki

Seorang ayah yang siuman dan matang harus menikahkan anak gadisnya yang baligh dan berakal walaupun dengan mahar yang kurang daripada yang sepatutnya atau yang sepadan dengannya. Contohnya, jika mahar yang sepadan dengannya (mahar mithil) adalah satu pikul emas, tetapi wali menikahkannya dengan mahar satu suku dinar, ia tetap sah. 

Wali harus menikahkan anaknya dengan lelaki yang lebih rendah tarafnya atau yang buruk rupanya atau lelaki yang tidak disukainya, sama ada anaknya memberi izin atau tidak selama mana anaknya itu masih dara walaupun usianya sudah lanjut dan telah menjangkau 60 tahun. Namun begitu sekiranya anak dara itu seorang yang dilihat matang oleh wali dan dia memberinya kebebasan untuk memilih, maka dalam keadaan ini wali tidak harus memaksanya. Wali tidak harus menikahkannya tanpa keizinan yang jelas daripada anaknya.

Perlu disebutkan bahawa keharusan memaksa hanya ketika pada kebiasaannya tidak timbul mudarat yang ketara dengan sebab perkahwinan itu. Sekiranya perkahwinan itu boleh membawa mudarat seperti dikahwinkan dengan lelaki yang cacat, gila, mati pucuk dan seumpamanya, maka tiada hak bagi wali memaksa anaknya.

Hak untuk memaksa ini hanya khusus bagi ayah dan wasi sahaja, dan tidak harus bagi selain kedua-duanya.

Keempat: Mazhab Hanafi

Wali, sama ada ayah atau selainnya tidak berhak langsung menikahkan seorang gadis yang telah baligh dan berakal kerana gadis itu telah menjadi seorang mukallaf yang bertanggungjawab penuh ke atas dirinya dalam melaksanakan tuntutan hukum syarak. Dia berhak mengendalikan sendiri urusan peribadinya. 

Tiada seorang pun yang boleh menguasainya dan memaksanya. Dia juga boleh menikahkan dirinya sendiri tanpa perlu mendapat keizinan walinya atau menyerahkan kepada wali melaksanakan akad nikah bagi pihak dirinya. Dia harus mengakad nikah dirinya sendiri, tidak kira sama ada lelaki itu sekufu dengannya atau tidak, dan dengan mahar yang sepadan atau tidak. 

Dia berhak sepenuhnya mengendalikan urusan dirinya. Tiada seorang pun yang berhak menghalangnya. Antara nas yang menjadi dalil mazhab Hanafi ialah peristiwa yang diceritakan oleh Ibn Abbas bahawa seorang gadis menemui Rasulullah menyatakan bahawa ayahnya telah menikahkannya sedangkan dia tidak suka. Maka baginda memberinya hak untuk memilih sama ada ingin memfasakh pernikahan itu atau tidak. 

Nasihat peribadi saya, kalaulah ada di luar sana pasangan yang pernah melalui situasi kahwin paksa ini, tetapi ternyata pernikahan itu diuruskan menurut prosedurnya yang sah dan dikendalikan oleh Jurunikah yang bertauliah, bererti pernikahan itu sah dan mereka memang bergelar suami isteri. Tapi, soal hati tiada siapalah yang tahu. Walau pengantin lelaki cuba juga menerima si isteri dengan rela hati, tetapi rasa cinta, kasih dan mahabbah itu, tetap juga tidak wujud, maka pada pandangan saya, wajarlah si suami itu melepaskan isterinya itu dengan cara yang terbaik. 

Jangan diseksa perasaan dan jiwa si isteri dengan tindakan-tindakan yang tidak diizinkan syara'. Anjuran saya ini berdasarkan firman Allah, “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [ Al-Baqarah: 229 ] 

Wallahhua'lam.. 

Wednesday 12 December 2012

Engkau Pilihan ALLAH Buatku..

Alhamdulillah... syukur sangat2.. Allah sentiasa hadirkan insan-insan tersayang di sisi.. coretan ini special untuk EN.TUNANG tersayang... semoga Allah merahmati ikatan ini.. Aamiin...



Nur TIDAK SEMPURNA,
Abang juga tidak sempurna..

KETIDAKSEMPURNAAN ini yang menjadi pelengkap antara kita..
Hanya ALLAH SWT yang Maha Sempurna..
yang BERHAK menilai diri kita...

Kadangkala yang terindah bukanlah yang terbaik,
yang sempurna tidak selalu menjanjikan kebahagiaan..

tapi jika kita menerima kekurangan menjadi KELEBIHAN,
itulah KESEMPURNAAN yang sebenarnya..♥


Demi Allah..bukan Nur memilih abg sbgai teman hidup..bukan juga ummi dan abi.. tapi.., yg memilih abg tuk Nur adalah Allah... abg PILIHAN Allah buat Nur....Alhamdulillah...

~Sebagai manusia...., NUR SAYANGKAN ABG....

Qurratunnada - Cinta Agung

assalamualaikum
moga kalian sihat hendakNYA..
alhamdulillah.. dapat lagi saya meng"update"kan
blog saya.so layan lagu jer laaa
okey ni lagu kump, nasyid Quratunnada salah satu group nasyid
suatu ketika dahulu.. moh layan lagu neh.. :)
my peberet masa sekolah menengah sampai sekarang x jemu..
hayati liriknya.. insyaAllah beroleh manfaat..

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Saturday 13 October 2012

Allah Sentiasa ADA...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

Allahu Rabbi...lama tidak melarikan jemari di papan keyboard tuk blog ksyngn ni... buzy memanjang.. ^_^ sem 5 ni macam2 benda nak kena settle kan.. tu pun masih banyak benda yang belum siap. assignment, presentation, program, kursus, segala macam lah..hehehe... even sekarang ni pn tengah nak siapkan untuk prbentangan Foreign Policy..wish me luck ok..:)

Alhamdulillah...semakin hari, semakin epy.. Allah mengurniakan insan2 yang baik, penyayang di sisi.. itu yang penting..walaupun baru2 ni, Allah menguji dengan menghadirkan khabar berita yang sememangnya boleh mendatangkan FITNAH!. Allahu Akbar! semoga Allah memberikan kekuatan kepada ku untuk menghadapinya... insyaAllah, doa orang yang teraniaya didengari dan di makbulkan oleh Allah... Aamiin...

Manusia...begitulah... bila tidak dapat apa yang diinginkan, mula menabur fitnah.mula mengaibkan orang tersebut. ini bukan pertama kali terjadi.. dah dua kali.. Alhamdulillah, apa yang berlaku dulu menguatkan diri untuk menghadapinya kali ini.. prcya dgan janji Allah... insyaAllah... :)

~terima kasih kerana menyebarkan FITNAH... Allah itu ADA..MAHA MENDENGAR & MAHA MELIHAT...

Wednesday 5 September 2012

Pengertian Cinta Dalam Islam ( 8 Jenisnya)

Pengertian Cinta Dalam Islam ( 8 Jenisnya)

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut,siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra'fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat,membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2)

6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika

wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi

8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Kepada Muslimah yang Mahukan Zaujun Soleh

Kepada Muslimah yang Mahukan Zaujun Soleh...Baca ini..

Adam.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....

Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

Ikhlas dari Hawa

Siapa Pilihan Ukhti.....

Siapa Pilihan Ukhti.....

Menikah, satu kata ini akan menjadi sesuatu yang sangat bererti bagi pemuda ataupun pemudi yang sudah mencapai usia remaja. Remaja yang sudah mulai memiliki rasa tertarik dengan lawan jenisnya, akan memperhatikan pasangan yang diimpikan menjadi pasangan hidupnya. Sejenak waktu, hatinya akan merenda mimpi, membayangkan masa depan yang indah bersamanya.

Saudariku muslimah yang dirahmati Allah, tentu kita semua menginginkan pasangan hidup yang dapat menjadi teman dalam suka dan duka, bersama dengannya membangun rumah tangga yang bahagia, sampai menapaki usia senja, bahkan menjadi pasangan di akhirat kelak. Tentu kita tidak ingin bahtera tumah tangga yang sudah terlanjur kita arungi bersama laki-laki yang menjadi pilihan kita kandas di tengah perjalanan, karena tentu ini akan sangat menyakitkan, menimbulkan luka mendalam yang mungkin sangat sulit disembuhkan, baik luka bagi kita maupun bagi buah hati yang mungkin sudah ada.

Lagipula, kita mengetahui bahwa Allah Ta’ala, Robb sekaligus Illah kita satu-satunya sangat membenci perceraian, meskipun hal itu diperbolehkan jika memang keduanya merasa berat.“Mencegah lebih baik daripada mengobati.” Itulah slogan yang biasa dipakai untuk masalah kesehatan. Dan untuk masalah kita ini, yang tentunya jauh lebih urgen dari masalah kesehatan tentu lebih layak bagi kita untuk memakai slogan ini, agar kita tidak menyesal di tengah jalan.

Saudariku muslimah, sekarang banyak kita jumpai fenomena yang sangat memprihatinkan dan menyedihkan hati. Banyak dari saudari-saudari kita yang terpesona dengan kehidupan dunia, sehingga timbul predikat ‘cewek matre’, yaitu bagi mereka yang menyukai laki-laki karena uangnya. Ada juga diantara saudari kita yang memilih laki-laki hanya karena fisiknya saja. Ada juga diantara mereka yang menyukai laki-laki hanya karena kepintarannya saja, padahal belum tentu kepintarannya itu akan menyelamatkannya, mungkin justru wanita itu yang akan dibodohi.

Sebenarnya tidak mengapa kita menetapkan kriteria – kriteria tersebut untuk calon pasangan kita, namun janganlah hal tersebut dijadikan tujuan utama, karena kriteria-kriteria itu hanya terbatas pada hal yang bersifat duniawi, sesuatu yang tidak kekal dan suatu saat akan menghilang. Lalu bagaimana solusinya ? Saudariku, sebagai seorang muslim, standar yang harus kita jadikan patokan adalah sesuatu yang sesuai dengan ketentuan syariat. Karena hanya dengan itu kebahagian hakiki akan tercapai, bukan hanya kebahagian dunia saja yang akan kita dapatkan, tapi kebahagiaan akhirat yang kekal pun akan kita nikmati jika kita mempunyai pasangan yang bisa diajak bekerjasama dalam ketaatan kepada Allah.

Diantara kriteria-kriteria yang hendaknya kita utamakan antara lain:

1. Memilih calon suami yang mempunyai agama dan akhlak yang baik, dengan hal tersebut ia diharapkan dapat melaksanakan kewajiban secara sempurna dalam membimbing keluarga, menunaikan hak istri, mendidik anak, serta memiliki tanggung jawab dalam menjaga kehormatan keluarga.

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Jika datang melamar kepadamu orang yang engkau ridho agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dengannya, jika kamu tidak menerimanya, niscaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerusakan yang luas.” (HR. Tirmidzi, hasan)

Seorang laki-laki bertanya kepada Hasan bin ‘Ali, “Saya punya seorang putri, siapakah kiranya yang patut jadi suaminya ?” Hasan bin ‘Ali menjawab, “Seorang laki-laki yang bertaqwa kepada Allah, sebab jika ia senang ia akan menghormatinya, dan jika ia sedang marah, ia tidak suka zalim kepadanya.”

2. Memilih calon suami yang bukan dari golongan orang fasiq, yaitu orang yang rusak agama dan akhlaknya, suka berbuat dosa, dan lain-lain.

“Siapa saja menikahkan wanita yang di bawah kekuasaanya dengan laki-laki fasiq, berarti memutuskan tali keluarga.” (HR. Ibnu Hibban, dalam Adh-Dhu’afa’ & Ibnu Adi)

Ibnu Taimiyah berkata, “Laki-laki itu selalu berbuat dosa, tidak patut dijadikan suami. Sebagaimana dikatakan oleh salah seorang salaf.” (Majmu’ Fatawa 8/242)

3. Laki-laki yang bergaul dengan orang-orang sholeh.

4. Laki-laki yang rajin bekerja dan berusaha, optimis, serta tidak suka mengobral janji dan berandai-andai.

5. Laki-laki yang menghormati orang tua kita.

6. Laki-laki yang sehat jasmani dan rohani.

7. Mau berusaha untuk menjadi suami yang ideal, diantaranya: Melapangkan nafkah istri dengan tidak bakhil dan tidak berlebih-lebihan; memperlakukan istri dengan baik, mesra, dan lemah lembut; bersendau gurau dengan istri tanpa berlebih-lebihan; memaafkan kekurangan istri dan berterima kasih atas kelebihannya; meringankan pekerjaan istri dalam tugas-tugas rumah tangga; tidak menyiarkan rahasia suami istri; memberi peringatan dan bimbingan yang baik jika istri lalai dari kewajibannya; memerintahkan istri memakai busana muslimah ketika keluar; menemani istri bepergian; tidak membawa istri ke tempat-tempat maksiat; menjaga istri dari segala hal yang dapat menimbulkan fitnah kepadanya; memuliakan dan menghubungkan silaturahim kepada orang tua dan keluarga istri; memanggil istri dengan panggilan kesukaannya; dan yang terpenting bekerjasama dengan istri dalam taat kepada Allah Ta’ala.

Satu hal yang perlu kita ingat saudariku, bahwa di dunia ini tidak ada yang sempurna. Jangan pernah membayangkan bahwa laki-laki yang sholeh itu tidak punya cacat & kekurangan. Tapi, satu hal yang tidak boleh kita tinggalkan adalah ikhtiar dengan mencari yang terbaik untuk kita, serta bertawakal kepada Allah dengan diiringi do’a.

Thursday 3 May 2012

Niqab..

Niqab ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka.Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab. 


1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31: وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah. 


2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut. 


3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.


 4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita? 






Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya. Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.
 Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut. Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).
 Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula. Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan: عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram. Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji. 


KESIMPULAN Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah...♥

Wednesday 2 May 2012

Surat Cinta Buat Calon Suamiku..



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apa kabarnya imanmu hari ini?

Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur? kerana dapat kembali menatap fananya hidup ini..

Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu? atas amanah yang saat ini tengah kau genggam

Wahai calon suamiku, tahukah engkau Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?

Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikap sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak, meskipun kadang-kala asa  keluh dan putus asa menerjah..
namun kini kurasakan diri ini lebih baik..insyaAllah...




Kadang aku bertanya-tanya kenapa Allah selalu menguji di hatiku, bahagian yang terapuh dalam diriku. Namun kini kutahu jawapannya….

Allah tau di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatNya, kembali mencintaiNya..

Ujian demi ujian insya Allah membuatku menjadi lebih tabah dan kuat, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga memiliki aku di hatimu..

Calon suamiku….

Entah dimana dirimu sekarang, tapi aku yakin Allah juga mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang kuat dan teguh, hingga akupun bangga memilikimu kelak.

Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu terhadapku..
Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, maka hanya kesia-siaan dan kekecewaan yang akan kau dapati..

Aku masih haus akan ilmu, namun berbekal ilmu yang ada saat ini aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku…

Wahai calon suamiku…

Saat aku masih menjadi asuhan abi dan ummiku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak..

Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu dan mendampingimu yang soleh, insyaAllah..Aaminn ya Allah...

Aku ini cemburu, tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu..

Aku yakin kaulah yang kubutuhkan meski mungkin bukan yang kuharapkan

Calon suamiku yang dirahmati Allah…

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan kunamai dengan gubuk derita. Karena itulah markas da’wah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta kasih

Ketika kelak telah lahir generasi penerus da’wah islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah ta’ala…

Bunga akan indah pada waktunya, yaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya. bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku…

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik tapi setidaknya bisa menjadi yang terbaik di sisimu kelak…

Calon suamiku….

Inilah sekilas harapan, yang kuukirkan dalam rangkaian kata. seperti kata orang “tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata”. iitulah yang kini kuhadapi…

Kelak saat kita tengah bersama maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu

Bersabarlah calon suamiku doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu…

Untukmu Calon Imanku...


Untukmu wahai Adam Calon imam..
Kewibawaan seorang LELAKI itu bukan di lihat dari seberapa Banyak & Pintar dia Menaklukkan Hati seorang WANITA,
tapi Kewibawaan seorang lelaki itu di lihat seberapa pandai dia menjaga HATI seorang WANITA untuk Memuliakannya di Hadapan SANG PENCIPTA
Kalaulah benar ada harap yang tersimpul didalam hatiku untuk menjadi pendamping didunia dan akhiratmu,
tak akan aku hinakan diri dengan mengemis dan memohon perhatian, cinta juga kasihmu saat ini.Kerana apa yang nampak indah dan sempurna dimataku belum tentu pula dalam pandangan-Nya.

Kalaulah benar pula ada benang- benang rindu menyulam Indah namamu,,maka biarlah ku membingkainya dalam doa disetiap malamku..mengindahkan dengan yang Maha Indah dan menyempurnakan kepada Yang Maha Sempurna... Semoga engkaulah yang Allah Azza wa Jalla pilihkan sebagai imamku kelak..Aamiin ya Rabb'alamin..

Aku tidak pernah memilihmu untukku,tapi Allah Azza wa Jalla yang memilihmu untukku..

aku tidak pernah mengharap mencintaimu,tapi ALLAH Azza wa Jalla telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu..

aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu,tapi Allah Azza wa Jalla yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu..

aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu.Tapi ALLAH Azza Wa Jalla yang telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu..

itulah aku adanya. .Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri. . .Kerana sang Pemilikku yang telah mengaturku dan menentukan bagaimana ku berbuat.

Tuesday 1 May 2012

Nikah lah walaupun masih MUDA...



cinta yang sebelum akad tu..lebih banyak buruknya..yang dulu tu dosa..sebelum dosa makin menggunung dan amal yang ditolak makin menimbun...rasa yakin untuk mendirikan masjid membara2..semangat nak kawin..
pernikahan itu indah..tapi sikit pun saya takkan sangkal kenyataan yang cinta selepas akad tu lahirnya keindahan yang sebenar...cinta yang mulia..cinta kerana Allah..di situ ada berkat yang dicari2..di situ ada rahmat yang berpanjangan dari Ilahi..

Surah al-israa ayat 32~
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal nafsu"


(Hadith riwayat Muslim)

awak nak kawin..?tapi mungkin terpikir pasal study..parents..nak enjoy lagi..duit camane plak..
1st 0f all...pasanglah niat yang baik..
study lagi bukan masalah..skang mase awak tengah study pon tangan awak pegang henfon..kalo tak jawab si dia call..mesti main sms..kan3..??kalo dah kawin boleh study same2..selang selikan ngan borak2 gurau2..takde la ngantuk..

enjoy..enjoy camane pon saye tak tau tapi selalu dengar org cakap..huhu~
maybe skang awak enjoy ngan kawan2 awak..die enjoy ngan kawan2 die..awak bukan tau die tengah buat ape..mane tau die buat benda yg awak tak suke ke...pastu kalo dating bukan best..dapat dosa je..kena jaga jarak takut tersentuh..tak boleh pegang2 tangan..orang umpat2 lagi..kalo dah kawin boleh duk dating sepanjang masa kat mana2..gitu..



pasal duit pun jangan risau sangat..make sure ade saving even sket pon..
jimat2 la ngan duit sch0larship or l0an yang k0rang ade..yakinlah rezeki tu datang dari Allah..
dengan niat yang baik..dan harapan untuk sesuatu yg baik..dan hati2 yang baik..insyaAllah ade kehidupan yg baik Allah kurniakan dan ada limpahan rezeki yg baik2 dariNya...

Surah annur ayat 32~
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah di kalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan,
jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi  Maha Mengetahui.
Rasulullah bersabda,
“ 3 golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya”
(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

cube bace artikel2 pasal couple and nikah...
or try pilih dari sini..>>~REMAJA & CINTA~
bila rasa dah lebih yakin...cuba discuss el0k2 dengan parents..

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Jika seseorang hamba itu bernikah maka telah menjadi sempurnalah setengah agamanya,
maka bertaqwalah kepada Allah pada setengah yang lainnya. “
dari Anas bin Malik R.A dikeluarkan oleh Al Hakim dan Ath-Thabrani dalam kitab Al Aswath

andai kamu tak pernah terfikir untuk berkahwin..fikirkanlah..
andai kamu aim bertahun2 lagi untuk berkahwin...belajarlah ilmu rumahtangga dari sekarang..
jangan gentar..jangan putus berdoa..yakinlah dengan Tuhanmu dan mintalah pertolongan dariNya..
berkahwinlah..
wallahua'lam.

Satu Petang Bersama Ummi.....

"umi, Nur ada sesuatu nak bagitau umi...." ku dekati ummi yang sedang berehat di bawah pokok di halaman.
perlahan-lahan aku duduk disampingnya.
"ada apa, Nur..? macam penting je.." ucap ummi sambil menatap wajahku penuh kelembutan.
"tentang lamaran tu..... Nur......Nur......" lidahku tiba2 kelu.
"kenapa Nur..? Nur dh dapat jawapnnya? umi xnak Nur buat keputusan terburu2... biar datang dari hati.. berpaksikan Allah.. jangan sebab nafsu..jangan sebab org lain.." tangnku digengamnya erat2. 'Ya Allah...ummi amat memahamiku..'
"Nur mnte maaf..Nur betul2 xdapat nk buat kptasan. hati Nur kuat katakan tidak.. walaupun Nur cuba..tapi Nur xmmpu, umi.." tiba2 aku jadi sebak. pandanganku mula berkaca-kaca. entah kenapa, lamaran ini juga ku tolak. entah yang keberapa, aku benar2 xpasti. hatiku amat menginginkan pernikahan walaupun di usia mudaku ini ramai anak gadis masih belum memikirkan untuk berumahtangga. tapi.., aku belum menemukan lamaran yang bisa membuatkn hatiku tenang..tidak ragu2.
" Nur jgn ssh hati. ummi xnk smue ni ganggu pelajaran Nur. jangan risau.. ummi akan bagitau abi.. lagipn, ad sstu yang ummi xberkenan dgn dia." kata2 ummi menenangkan ku.. alhamdulillah... lepas sudah satu bebanan di benakku. memang kebiasaan bg ummi dan abi akan menilai siapa pn yg datang melamarku. yang dicari adalah imannya..bukan rupa dan harta..itu prinsipku dan juga pencarian ummi dan abi. pasti abi mahu menyerahkanku kepada sseorng yg bisa menjadi imam buatku dan zuriat kami kelak.
kucapai tangan ummi lantas aku menciumnya bertubi2. sungguh aku rasa terharu, tenang, bahagia, sedih, silih berganti. ummi tersenyum sambil mengusap2 kepalaku.
"ummi tau anak ummi..."ucapnya. aku rebah dalam pelukan hangat seorng ibu. kala itu, tanpa sedar, aku memberitahu sstu yang aku rahsiakan dari siapa pn.tentang seornag llki yang melamarku walau tanpa mengenali wajahku. pelik..tapi itu yg brlaku. ku ceritakan juga perihal aku dilamar oleh suami orng dan seorng ustaz yang sememngnya sudah lama diketahui oleh kluargaku. keluarga amat sukakan ustaz. tapi, nth la... aku yg masih dalam dilema.
serik rasanya bila teringat apa yg brlaku dulu..kesakitan yang dialami..gangguan..godaan...fitanh..ugutan.. yaAllah.....terlalu perit...hanya Allah yang Mengetahui..
"ummi tau sayang...ummi kalau bleh nk anak ummi ni punya penjga dan pelindung yang halal..ummi mahukan pedamping yg terbaik tuk Nur. ummi syukur sgt punya anak sekuat dan setabah Nur. Nur...., ummi dh bt kptusan..bnyak sgt Nur tolak. andai dlm masa trdekat ni ad sesiapa yg datang, ummi akan trima siapa pn dia. ummi dah sepakat dgn abi..ummi tak nak Nur mcm ni lg. Ummi tak nak sstu yang buruk berlaku lg. mgkin dari penolakan itu ada yang berkecil hati. Ummi risaukan keselamatan Nur.tambahan pulak Nur jauh...Ummi xnmpak Nur.."
aku tersentak. benarkah apa yg aku dgr dari mulut ummi? ummi akan terima siapa pn yg dtg melamar lepas ini. YA Allah...
"Nur xleh menolak..semue ni demi kebaikan Nur.. ini keputusan abi dan ummi...ummi akan bincang dgn abi." kata2 tegas ummi membuatkan aku terdiam. kebenaran dari kata2 nya membisukanku. benar... aku tahu, ummi dan abi risaukan keselamatanku. mereka pernah lihat ape yg brlaku kepadaku dulu..fitnah..ugutan..sakit...mana ad a haty ibu bapa yang tegar biarkan anaknya trus begitu berulang kali. yaAllah....sungguh aku benar2 sayu. siapa dia nanti.? mampukah aku menerima? walaupun tanpa mengenali? Allahi Rabbi...bantu aku......
"andai yg datang itu kena pd pndgn mata ummi abi, ummi abi redhan akan agama dan akhlaknya, Nur terima....." ucapku..aku tak mampu berkata tidak. memang itu sifatku. menurut asalkn smue untuk kebaikanku. kulihat snyuman terukir di bibir ummi.. 'mungkinkah mereka sudah mmpunyai pilihan buatku?' prtanyaan itu kubiarkan angin bayu mmbawanya pergi. jauh2.
..............................................................................

Aku Inginkan......

"ana masih kuliah.... ana takut tak mampu tuk belanja hantaran dan mas kahwin..." aku tersenyum di sebalik kain yg bertutup di wajah.

"ana tak minta hantaran puluhan ribu ringgit...pinta ana cukup setakat kemampuan akhi..perkahwinan bukan atas dasar hantaran itu..ia hanya adat.. ana tak minta barangan hantaran itu semue...utamakan apa yg wajib.." ucapku. kupandang wajahnya sekilas. ada riak kegusaran di situ.

"tapi...mas kahwin...? berapa yang ukhti mahukan..?" tanyanya. aku memandang umi disebelahku, kemudian ku tatap wajah abi. senyuman dan anggukan abi memberikan aku kekuatan. "katakan padanya, Aisha...itu hak Aisha..." abi bersuara.

suasana hening seketika. semue menantikan jawapan yang keluar dari mulutku. debar di hati hanya Allah yang mengetahui. aku menarik nafas panjang-panjang. dengan lafaz Basmallah, bibirku lancar menyebut : "ana dambakkan Kalamullah sbgai mas khwin ana... "

"alhamdulillah.....terima kasih yaAllah..." dia mengusap wajahnya penuh kesyukuran.terpancar ketenangan di wajahnya. semue yang ada di situ menarik nafas lega. masing-masing tersenyum senang. sedang aku hanya tertunduk malu.

................................................................

sukar mencari situasi sebegini... masih ade ke wanita2 sekarang inginkan perkahwinan yang mudah begini? haty tertanya2..saban hari, kita sering lihat fenomena perkahwinan yg grand. penuh dgn warna warni dan keraian besar-besaran. ada pula yang disertakan dgn muzik yang melalaikan.. ada pula barangn hantaran yang berbalas2 sampai berbelas-belas..disertakan pula dgn wang hantaran puluhan ribu. pakaian pengantin yang ntah berapa helai diganti. pernikahan adalah sstu yg mudah..Islam itu mudah... Islam tak galakkkan pembaziran dlam ap jua keadaan termasuk perkahwinan..
walimatul urus adalah untuk meraikan pengantin dan menghebahkan pernikahan.. bukan pesta pembaziran. dalam Islam, memadai diadakan kenduri secara ala kadar..waimah dengan menumbangkan seekor kambing itu sudah cukup. pakaian pengantin, kenapa perlu penuh dgn labuci-labuci..? mahal-mahal? sarat dgn beraneka accessory? tak perlu mak andam, jurukamera smue..itu membazir...
wang hantaran.....ini juga satu isu bg pasangn yang mahu berkahwin.. ad yg letakkan yang tinggi2... sampai puluhan ribu. membebankan pihak lelaki... cukup lah sekadar kemampuan pihak lelaki..ingat, kita berkahwin bukan tuk hari bersejarah itu saja. tapi untuk selamanya.. segalanya bakal dikongsi bersama. andai semasa berkahwin belanja terlalu banyak sampaikn ada yang sanggup berhutang sana sini, kehidupan lepas khwin bagaimana? takkan masih mahu bergantung pada ibu bapa? kehidupan lepas khwin itu yang harus difikirkan... di mana mahu dibawa si isteri tinggal..,apa yang mahu diberi makan, pakai...  mas kahwin pn mcm tu jgk.... dunia2...masyarakat hanya mahu sanjungan manusia... bukan utamakan pandangan Yang Maha Kuasa...

Redha dan Restu-MU

Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Khadijah untuk Muhammad,
Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Hawa buat Adam,
Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Zulaikha hanya untuk Yusuf,
Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Balqis disamping Sulaiman,
Kerana redha dan restu-Mu jugalah Engkau hadirkan cinta Sarah buat Ibrahim,
Pun begitu aku tidak pula katakan restu cinta-Mu itu tidak hadir untuk Rabiah al-Adawiah untuk turut sama mencintai seorang insan bernama lelaki.
Kerana apa, kerana cintanya itu telah diabadikan hanya untuk-Mu Ya Rabbul ‘Izzati..
Dan juga tidak pernah aku salahkan suratan mengapa cinta-Mu itu tidak hadir hingga disaat akhir Salman al-Farisi mahu menyulam cinta bersama muslimah pilihannya..
Benar kata pujangga, cinta tak bererti memiliki...

Andai keredhaan cinta dari Mu tidak hadir,
Maka jadikanlah aku insan sekuat Rabiah untuk menggalas cinta agung hanya untuk-Mu,
Insan setabah Salman untuk sedia redha menerima ketentuan-Mu Ya Rabbi..

Kekuatan jiwa itu yang pasti, setiap insan cinta itu sudah mesti akan melewati, ketabahan dan kekuatan hanya dari-Mu Tuhan Rabbul ‘Izzati, sentiasa redhaku hingga ku dipanggil mengadap Ilahi..

Friday 24 February 2012

Kasihmu...

Ringggggg!!!! Loceng menandakan waktu kelas pada hari ini tamat berbunyi nyaring. Suasana tiba-tiba menjadi riuh rendah dengan suara pelajar yang bersorak riang. Masing-masing sibuk mengemaskan meja dan beg, bersedia untuk pulang. Kelasku juga tidak kurang hebat gamatnya. Semua cepat-cepat mengemaskan beg masing-masing. Cikgu Balqis di hadapan kelas seolah-olah tidak wujud bagi mereka. Aku lambat-lambat menyusun buku-buku sebelum aku masukkan ke dalam beg. Selesai memberi ucapan selamat pulang dan salam kepada Cikgu Balqis, rakan-rakan sekelasku, iaitu Tahun 5 Cemerlang begegas keluar. Aku hanya memerhatikan sambil duduk di atas kerusiku semula. Suasana kemudiannya jadi sepi. Semua pelajar sudah pulang, samaada dijemput ahli keluarga, menaiki bas dan pulang sendiri. Tika itu, fikiranku tiba- tiba teringatkan ibu di rumah. Pagi tadi, ibu batuk-batuk. Langsung tidak dapat bangun dari tikar mengkuang yang menjadi alas tidur aku dan ibu. Aku berkeras tidak mahu ke sekolah pagi ini, tapi ibu melarang aku berbuat demikian. Teringat aku pada renungan mata ibu yang berkaca-kaca saat aku menyalami dan mencium pipinya sebelum berangkat ke sekolah. Mengingatkan itu, hatiku jadi tidak keruan. Lantas aku mencapai beg, berlari-lari anak menghampiri pintu pagar sekolah.

Aku hanya anak yatim. Lahirku di dunia tanpa sempat menatap dan merasai kasih sayang seorang ayah. Menurut ibu, ayah meninggal dunia ditelan arus laut ketika keluar menangkap ikan. Dua hari ayah hilang di laut sebelum dijumpai oleh nelayan lain. Waktu itu, aku berusia 5 bulan dalam kandungan ibu. Pada ibu lah aku menumpang kasih seorang ibu dan ayah. Hatiku dipagut rasa cemburu melihat rakan-rakan sebayaku sering dihantar dan dijemput ke sekolah. Sedangkan aku, hanya menggunakan kudrat kakiku melangkah ke sekolah, terpaksa aku melalui denai yang berlopak, becak dan semak samun. Rumahku agak jauh dari sekolah. Hampir 40 minit untuk aku berjalan ke sekolah. Hidup sebagai anak pembuat kuih yang serba daif tidak menjadikan aku seorang insan yang tidak berpelajaran. Ibu berusaha keras membanting tulang mencari wang bagi membiayai persekolahanku. Mujur ada Pak Mail yang merupakan adik arwah ayah sering menolong. Kepada dialah tempatku menumpang kasih. Pak Mail juga bukanlah orang berada, namun, kehidupannya jauh lebih baik dariku. Kadang-kadang, aku cemburu pada anak-anak Pak Mail yang merupakan sepupuku. Mereka hidup lebih baik dariku yang malang ini. Tiada berbapa, hidup yang serba kedaifan.

“Aduhhh!!!’ tanpa disengajakan, aku tersepak tunggul kayu sehingga jatuh tersembam. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Cepat-cepat aku bangun. “yaAllah...., darah....” kataku tatkala mataku melihat lututku yang luka dan berdarah. Patutlah sakit yang teramat sangat, rupa-rupanya aku terjatuh di atas batu yang banyak dan tajam-tajam. Tanpa aku sedari, air mataku sudah jatuh di pipi. Aku buka beg dan mencari-cari sapu tangan. Ku sapu darah yang mengalir dan kuikat sapu tangan di lutut bagi mengelakkan darah terus mengalir. Baju lusuhku sudah kotor dengan tanah. Kasutku yang terkoyak di hadapan hingga menampakkan jari kaki kupandang sepi. Perlahan-lahan aku mengatur langkah kembali.  Ingin sekali aku cepat-cepat sampai di rumah. Wajah ibu sudah bermain-main di mata. Doaku, agar ibu sudah sembuh.

Dari kejauhan, dapat kulihat atap rumbia rumahku. Makin laju kaki kulangkah. Aku harus cepat sampai. Tidak sabar rasanya ingin menemui ibu tersayang. Terbayang-bayang wajah bersih ibu. Walaupun di dahi ibu dapat kulihat urat-urat dan kedutan, tetapi bagiku, ibu tetap paling cantik. Langkahku makin kupercepatkan. Kulihat ada ramai orang dirumahku. Semuanya berbaju kurung, bertudung dan berkopiah. Langkah kaki makin laju. Perasaanku menjadi kurang enak. ‘Apa dah jadi pada ibu? Siapa yang datang? Kenapa ramai orang di rumahku? Ada kendurikah?’ persoalan demi persoalan menerjah di mindaku. Aku disambut oleh Pak Mail di halaman rumah. Wajahnya tampak kesedihan. “Kenapa Pak Cik? Kenapa ramai orang? Siapa yang datang? Ibu mana, pak cik?? “ tanyaku sambil mata mencari-cari kelibat ibu. Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi orang sedang mengaji. Aku cuba amati suara bacaan beramai-ramai itu. Aku kenal surah yang dibaca mereka. Itu surah Yassin. Surah yang ibu ajarkan dan memintaku menghafalnya.

Hatiku makin tidak sedap. Aku berlari- lari anak menuju rumah yang selayaknyan dipanggil pondok buruk sambil memanggil-manggil nama ibu. Cepat-cepat kutanggalkan kasut dan bergegas memanjat anak tangga rumah. Beg sekolah sudah kucampakkan ke halaman rumah sebelum aku berlari naik ke rumah tadi. Tindakan yang tidak aku sedar saat itu. Mataku tiba-tiba terpaku pada sekujur tubuh diututupi kain batik di tengah rumah. Langkahku jadi terhenti. Ada ramai yang mengelilingi ‘orang’ yang terbujur kaku di tengah rumah. Dalam ramai-ramai itu, aku mencari-cari wajah ibu. Tapi hampa. Semua mata yang berada di situ memandang tepat ke arahku. Masing-masing kelu. Aku gagahi diri melangkah ke tengah rumah sebelum duduk bersebelahan ‘orang’ yang sedang ‘tidur’ itu. Di hadapanku, ku lihat Mak Cik Kalsom, isteri Pak Mail. Matanya bengkak dan basah. Dia menggeleng-gelengkan kepala bila aku memandangnya. Aku gagahi diri menarik kain batik yang menutupi wajah ‘orang’ yang sedang ‘tidur’ itu. Tubuhku menggeletar saat kupandang ‘orang’ yang ‘tidur’ itu adalah ibu! Aku jadi bingung. Pandanganku tiba-tiba jadi kabur sebelum menjadi kelam. Gelap. Aku terjelopok rebah di sisi ibu.

Sedar sahaja dari pengsan, aku lihat Mak Cik Kalsom berada di sisiku sambil tangannya mengusap-usap rambut panjangku. “Ibu mana, mak cik?? Apa dah jadi pada ibu? Nia nak jumpa ibu...”rintihku . Aku cuba bangun, tetapi kepalaku jadi berat tiba-tiba. Mak Cik Kalsom membantuku baring kembali. Dipeluknya aku erat-erat.  Menurutnya, ibu jatuh di telaga ketika mengambil air pagi tadi. Pak Mail dan Mak Cik Kalsom yang kebetulan mahu ke rumah menjumpainya. Tika itu, ibu sudah nazak. Sejurus selepas itu, ibu menghembuskan nafas yang terakhir di ribaan Mak Cik Kalsom. 



Air mataku mengalir laju. Esakkanku tambah kuat. “Nia nak jumpa ibu.. Ibu tak boleh tinggalkan Nia sendiri. Nia perlukan ibu...” Aku cuba bangun. Mak Cik Kalsom memimpinku menghampiri jenazah ibu yang siap dikafankan. Air mata kuseka agar tidak tumpah ke muka bersih ibu. Senduku cuba kutahan. Kutatap wajah ibu. Kusentuh muka ibu yang sejuk. Air mata yang kutahan tumpah lagi. Kuseka lagi. Aku tunduk mencium pipi kiri dan kanan ibu. Kukucup dahinya lama. Kemudian ku bisikkan di telinga ibu menyatakan aku teramat sayangkan ibu. ‘Sampai bila-bila Nia akan sayang ibu’, bisikku. Kurangkul tubuh ibu erat seolah-olah tidak mahu kulepaskan. Esakkanku bergema lagi. Semua yang menyaksikan turut sama mengesat air mata. Sentuhan lembut Mak Cik Kalsom di bahu membuatkan aku melepaskan rangkulan pada ibu. Kupeluk Mak Cik Kalsom sambil menangis sedu-sedan. Jenazah ibu kemudiannya disempurnakan petang itu juga selepas solat asar.  Aku kini tidak lagi dikenali sebagai anak yatim, tetapi yatim piatu. Tiada lagi tempatku untuk curahkan rasa kasih dan sayang. Tiada lagi sentuhan dan belaian dari seorang ibu. Tugasku kini adalah mendoakan kesejahteraan ibu di alam sana. ‘ibu..., Nia sayangkan ibu.... Nia rindu ibu.........rindu........’





-dienyhani~ 1.25 p.m
2/2/2012- Thu-

Tuesday 3 January 2012

Setulus Cinta Nabi Muhammad

Pagi itu, walaupun langit mulai menguning, namun burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Rasulullah SAW dengan suara terbatas memberikan khutbah.


"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-NYA. Maka taati dan bertawakal kepadaNYA. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, beerti mencintaiku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku.."


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu sudah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua" keluh hati semua sahabat kala itu.


Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, semua sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik itu daripada berlaku.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar terdengarseseorang berseru memberi salam dan meminta masuk. Tika itu, puteri kesayangan Rasulullah tidak mengizinkannya dengan alasan ayahanda tercinta sedang demam, lanas menutup kembali daun pintu. Kemudian, ia kembali menemani ayahnya yang ternyata membuka mata dan menanyakan siapa yang datang.


" Tak tahulah ayahku, orang itu sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah dengan pandangan yang menggetarkan menatap wajah puterinya seolah-olah wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dia adalah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan kepadaku apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasulullah dengan suara yang amat payah. " Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak menyenangkan Rasulullah, matanya masih dipenuhi kecemasan. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'' tanyanya lagi. "Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku; "Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,"kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik oleh Izrail yang menjalankan tugasnya. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Faimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?'' tanya Rasulullah pada malaikat penghantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril sayu.


Kedengaran Rasulullah merintih, memekik kerana sakit yang tidak tertanggung lagi."YaAllah, dasyat sungguh maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan kepada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan tangannya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"
Di luar pintu, tangis mulai kedengaran bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan wajahnya dengan tangan dan Ali kemudian mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan sekali lagi. "Ummatii...Ummatii...Ummatiiii.... (ummatku, ummatku,ummatku).."Dalam kepayahan, bibir baginda bergetar menyeru umatnya tercinta hingga ruh bercerai dari tubuh.  Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kebenaran itu.


................................................................................................................................................


Saat menulis ini, air mata bercucuran.. sungguh hati amat tersentuh dan rawan..
Mampukah kita mencintai seperti Rasulullah mencintai kita..?? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..Allah...
Sahabat-sahabat Muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya, agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNYA, seperti mana Allah dan Rasul mencintai kita.
Sesungguhnya, selain daripada cinta itu adalah hanya cinta fana belaka.
Sahabat-sahabat, tanya pada diri... pernahkah kita menangis untuk Rasulullah SAW? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. 
Renungkanlah.....


CINTA UTAMAKU MILIK ALLAH DAN RASUL ALLAH..... 






~iluvislam.com~

Monday 2 January 2012

GANJIL NYA PEREMPUAN MUSLIM NI...??

Assalamualaikum wbt...salam ukhwah fillah...
apa khabar iman kita hari ini...?? ^_^


ermm, hari ni Nur nk kongsikan satu kata2 yang bagi Nur cukup menarik. haty tertawan saat membacanya. sempat lg update post walau masa amat mencemburui, perang exam sedang berlangsung..hehehe.  bila kita dengar tajuk pun sudah lain macam.. cuba anda luangkan masa untuk membaca artikel ini................................. ;D

-> Gadis yang berniqab, ganjil?


-> Gadis yang menutup aurat sepenuhnya, ganjil?


-> Gadis yang melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?


-> Gadis yang mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?


-> Gadis yang malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?


-> Gadis yang pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?


-> Gadis yang pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?


-> Gadis yang meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?


-> Gadis yang tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?


-> Gadis yang tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?


-> Gadis yang tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?


-> Gadis yang tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?



-> Gadis yang ganjil???

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil(H.R. Muslim)




Semoga kita semue tergolong dalam kalanagn wanita2 'ganjil' bagi pandangan mata insani tapi terhebat di mata Allahu Rabbi...aminn...Allahumma Amin....


"GANJIL TAPI ANGGUN DAN MANIS..."
"SEINDAH-INDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH.." ya Allah....dambakannya..........."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...