Assalamualaikum Warohmatullah.....Ahlan Wasahlan..!!

Saturday 31 December 2011

SALAM 2012....


Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah...hari terakhir di tahun 2011.. beberapa jam sahaja lagi akan masuk tahun baru, 2012... masyaAllah, cepatnya masa berlalu. Esok, harus sambut Tahun Baru di medan peperangan peperiksaan dgn 2 paper.. ^_^ Tertanya-tanya, adakah tahun 2011 sudah dicukupkan segalanya? adakah hutang piutang dengan Allah dan manusia sudah terlangsai? sudahkah segala perancangan, azam 2011 terlaksana..? 2012 tak akan menunggu kita. mahu atau tidak, ia tetap akan menjelma. menampakkan dirinya dalam kehidupan kita..masa...Demi Masa....

"demi masa...sesungguhnya manusia kerugian..
melainkan yang beriman dan yang beramal soleh..,
demi masa...sesungguhnya manusia dalam kerugian,
melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran..
gunakan kesempatan,
yang masih diberi moga kita takkan menyesal.
masa usia kita, jangan disiakan kerna ia takkan kembali..
ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara,
sihat sebelum sakit.
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
hidup sebelum mati.."


Detik 2012..waktu ini jalan penuh sesak menghala ke ibu kota. ornag berpusu-pusu nak meraikan detik 1 JANUARI 2012. Pusat-pusat hiburan dibanjiri manusia. Arak dihidangkan sebagai pembuka acara. Pusat-pusat pelacuran ibarat ada pesta malam ini.. apa lagi bagi pemilik hotel-hotel murahan. Pasti untung besar. tersenyum lebar, walhal yang rosak itu anak bangsa sendiri.Anak-anak gadis, teruna dara kini sibuk berdandan. Niat untuk keluar meraikan Tahun Baru.. ibaratnya, tahun baru ni seperti kemenangan besar. harus dirai.. sedangkan, sebagai umat Islam, tahun baru kita Awal Muharram... itu selayaknya dirai penuh kesyukuran..
Malam Tahun Baru

Aduhai ayah, aduhai ibu, aduhai abang, kakak dan adik.....
Perhatikan ornag terdekatmu. jangan dibiarkan sahaja mereka keluar, pergi dengan kekasih hati, waimah kawan sekalipun dengan niat untuk meraikan Tahun Baru. berpakaian yang tidak selayaknya dinamakan pakaian, bermake up dan berdandan cantik ibarat menghadiri anugerah hiburan. apa kata, seusai berjemaah, satu keluarga duduk berhalaqah. sama-sama bertasbih memujiNYA...kerana DIA, kita semue masih bernafas, dapat menghirup udara 2012.. alangkah manis, si ayah mengepalai tazkirah, diikuti dengan bertadarus, soalt hajat bersama.. indah.....manis....bermakna.....

Esok, 1 Januari 2012..
Akan terpampang di dada-dada akhbar, di kaca televisyen dan di corong radio berita-berita ditangkap khalwat, penemuan kondom dan botol-botol arak di tapak pesta keraian Countdown 2012.. akan ada berita-berita pergaduhan di jalan raya dan pusat hiburan, akan ada berita-berita sampah sarap di jalan-jalan raya..., akann ada 1001 berita tersiar seperti tahun-tahun lepas. Mana tanggungjawab kita?? Hanya berpeluk tubuh, memekakkan telinga, membutakan hati...?? alasanya, 'ahh, bukan keluarga aku pun....buat apa aku nak ambil peduli...!'
senangnya.....walau bukan ahli keluarga kita, tetap menjadi tanggungjawab bersama. kita hidup bukan berseorngan, tapi komuniti. harus pasang telinga, harus waspada.. cuba kalau ahli keluarga kita yang terjebak..dan orang luar katakan begitu. apa perasaan kita...?? sakit? marah?? kecewa??

Ingat lah.... masa yang ada, usah kita persiakan.. detik terakhir 2011 penuhi dengan sebaiknya. usah cemari 2012 dengan diary hidup yang hitam dan kelam. Pelihara sebaiknya..  Biar makin bertambah tahun menginjak, bertambah putih berseri diri dan kehidupan..
Masa tak pernah menunggu kita..kejarlah ia..bimbang ia tak akan menemui kita..

Teringat kata-kata ayahanda... "dah di qada' hutang-hutang yang lepas....?" ini yang perlu kita ambil berat. kata ayahanda, hutang paling utama, solat...kerana solat adalah yang pertama akan dihisab kelak. Allah...rindu pada ayahanda kala ini... :'(
semoga kita semue dilindungi olehnya..insya Allah..

"ingat Allah...nescaya Dia akan menjagamu..jagalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan ada di hadapanmu.
perkenalkan dirimu kepada Allah ketika kamu dalam keadaan longgar atau senang,
nescaya DIA akan mengenalimu pada saat kamu dalam kesulitan.
Jika kamu meminta, maka mintalah kepada Allah.
Jika memohon pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah..."

SALAM 2012...^__^))

~~Walau bagaimana alim seseorng itu, tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal~~HAMKA~~

Duhai Calon Suamiku...

Duhai Calon Suamiku.... 
bila kelak disaat kita hidup bersama kalaulah masih ada yg terlihat salah pada diriku, semoga engkau bisa melihat kebaikanku yang lain. Bukankah Allah SWT yang mempertemukan dan menyatukan hati kita berpesan "Dan pergaulilah mereka (isterimu) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. " [QS: An Nisa' 19].


 Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang kita cintai pun berpesan, "Sempurnanya iman seseorang mukmin adalah mereka yang baik akhlaknya, dan yang terbaik (pergaulannya) dengan isteri-isteri mereka. " 
Jika engkau melihat kekurangan pada diriku, ingatlah kembali pesan baginda .Jangan membenci seorang mukmin (laki-laki) pada mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai. (HR. Muslim) Sedarkah engkau bahawa tiada manusia di dunia ini yang sempurna ???....


Bukankah engkau tahu bahwa hanyalah Allah yang Maha Sempurna...Janganlah engkau mencari-cari selalu kesalahanku, padahal aku telah taat kepadamu. Saat diriku rela pergi bersama dirimu, kutinggalkan orangtua dan sanak saudaraku, ku ingin engkaulah yang mengisi kekosongan hatiku. Naungilah diriku dengan kasih sayang senyuman darimu. Ku ingat pula saat aku ragu memilih siapa pendampingku, ketakwaan yang terlihat dalam keseharianmu-lah yang mempesona diriku. 


Bukankah sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, Ali bin Abi Tholib saat ditanya oleh seorang, "Sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan, dengan siapakah sepatutnya aku nikahkan dia?" Ali r.a. pun menjawab, "Kawinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika ia tidak menyukainya maka dia tidak akan menzaliminya." Ku harap engkaulah lelaki itu, duhai kekasihku... 



Saat terjadi kesalahan yang tak sengaja ku lakukan, mungkin saat itu engkau mendambakan diriku sebagai isteri tanpa kekurangan dan kelemahan. Perbaikilah kekurangan diriku dengan lemah lembut, janganlah kasar terhadapku. Bukankah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam telah mengajarkan kepada dirimu, saat Muawiah bin Ubaidah bertanya kepada baginda tentang tanggungjawab suami terhadap isteri, baginda pun menjawab "Dia memberinya makan ketika ia makan, dan memberinya pakaian ketika dia berpakaian." Janganlah engkau keras terhadapku kerana Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam pun tak pernah berbuat kasar terhadap isteri-isterinya. 


Duhai Calon Suamiku...nun Jauh d sana... Jika engkau ada waktu ajarkanlah diriku dengan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Apabila engkau sibuk, maka biarkan aku menuntut ilmu, namun tak akan kulupakan tanggungjawabku Ya Robb... Bila cintaku padanya telah mengalahkan cintaku kepada-Mu, ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta-Mu. Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa dan taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dgn membela syariat-Mu. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu. Amin ya rabbal alamin. 


Duhai calon suamiku..nun Jauh D sana... siapapun dirimu..ingatlah bahawa bukan urutan pertama, kedua atau ketiga yang kuperlukan darimu. tapi hanyalah sebuah komitmen suci atas nama ALLAH.. yang kita sedari bersama bukan kesenangan duniawi semata yg kita cari...hingga kita dapat berbuat seimbang dalam menikmati nikmat dunia dan menabung demi bekal akhirat kelak.. 


duhai calon suamiku..nun Jauh D sana.. kuharap kaulah lelaki soleh lagi mensolehkan itu, semoga diri yg nista ini..masih pantas mereguk nikmat agung itu.. dan ingatkan aku,,tuk trus bermuhasabah, agar pantas mendampingimu dunia akhirat.. aminnnn,,allahuma aminnnn... 


~~SEBELUM ENGKAU HALAL BAGIKU~~http://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354

Friday 30 December 2011

Mudahnya Perkahwinan Islam...

"ana masih kuliah.... ana takut tak mampu tuk belanja hantaran dan mas kahwin..." aku tersenyum di sebalik kain yg bertutup di wajah.


"ana tak minta hantaran puluhan ribu ringgit...pinta ana cukup setakat kemampuan akhi..perkahwinan bukan atas dasar hantaran itu..ia hanya adat.. ana tak minta barangan hantaran itu semue...utamakan apa yg wajib.." ucapku. kupandang wajahnya sekilas. ada riak kegusaran di situ.


"tapi...mas kahwin...? berapa yang ukhti mahukan..?" tanyanya. aku memandang umi disebelahku, kemudian ku tatap wajah abi. senyuman dan anggukan abi memberikan aku kekuatan. "katakan padanya, Aisha...itu hak Aisha..." abi bersuara.


suasana hening seketika. semue menantikan jawapan yang keluar dari mulutku. debar di hati hanya Allah yang mengetahui. aku menarik nafas panjang-panjang. dengan lafaz Basmallah, bibirku lancar menyebut : "ana dambakkan Kalamullah sbgai mas khwin ana... "


"alhamdulillah.....terima kasih yaAllah..." dia mengusap wajahnya penuh kesyukuran.terpancar ketenangan di wajahnya. semue yang ada di situ menarik nafas lega. masing-masing tersenyum senang. sedang aku hanya tertunduk malu.

................................................................

sukar mencari situasi sebegini... masih ade ke wanita2 sekarang inginkan perkahwinan yang mudah begini? haty tertanya2..saban hari, kita sering lihat fenomena perkahwinan yg grand. penuh dgn warna warni dan keraian besar-besaran. ada pula yang disertakan dgn muzik yang melalaikan.. ada pula barangn hantaran yang berbalas2 sampai berbelas-belas..disertakan pula dgn wang hantaran puluhan ribu. pakaian pengantin yang ntah berapa helai diganti. pernikahan adalah sstu yg mudah..Islam itu mudah... Islam tak galakkkan pembaziran dlam ap jua keadaan termasuk perkahwinan..
walimatul urus adalah untuk meraikan pengantin dan menghebahkan pernikahan.. bukan pesta pembaziran. dalam Islam, memadai diadakan kenduri secara ala kadar..waimah dengan menumbangkan seekor kambing itu sudah cukup. pakaian pengantin, kenapa perlu penuh dgn labuci-labuci..? mahal-mahal? sarat dgn beraneka accessory? tak perlu mak andam, jurukamera smue..itu membazir...
wang hantaran.....ini juga satu isu bg pasangn yang mahu berkahwin.. ad yg letakkan yang tinggi2... sampai puluhan ribu. membebankan pihak lelaki... cukup lah sekadar kemampuan pihak lelaki..ingat, kita berkahwin bukan tuk hari bersejarah itu saja. tapi untuk selamanya.. segalanya bakal dikongsi bersama. andai semasa berkahwin belanja terlalu banyak sampaikn ada yang sanggup berhutang sana sini, kehidupan lepas khwin bagaimana? takkan masih mahu bergantung pada ibu bapa? kehidupan lepas khwin itu yang harus difikirkan... di mana mahu dibawa si isteri tinggal..,apa yang mahu diberi makan, pakai...  mas kahwin pn mcm tu jgk.... semurah2 mas khwin adalah trbaik...mudah bukan? ^_^
hmm.... dunia2...masyarakat hanya mahu sanjungan manusia... bukan utamakan pandangan Yang Maha Kuasa... Astagfirullahal'azim......

Wednesday 28 December 2011

Menanti Penuh Debar

"umi, Nur ada sesuatu nak bagitau umi...." ku dekati ummi yang sedang berehat di bawah pokok di halaman.
perlahan-lahan aku duduk disampingnya.
"ada apa, Nur..? macam penting je.." ucap umi sambil menatap wajahku penuh kelembutan.
"tentang risik hari tu..... Nur......Nur......" lidahku tiba2 kelu.
"kenapa Nur..? Nur dh dapat jawapnnya? umi xnak Nur buat keputusan terburu2... biar datang dari hati.. berpaksikan Allah.. jangan sebab nafsu..jangan sebab org lain.." tangnku digengamnya erat2. 'Ya Allah...umi amat memahamiku..'
"Nur mnte maaf..Nur betul2 xdapat nk buat kptasan. hati Nur kuat katakan tidak.. walaupun Nur cuba..tapi Nur xmmpu, umi.." tiba2 aku jadi sebak. pandanganku mula berkaca-kaca. entah kenapa, risikan ini juga ku tolak. entah yang keberapa, aku benar2 xpasti. hatiku amat menginginkan pernikahan walaupun di usia mudaku ini ramai anak gadis masih belum memikirkan untuk berumahtangga. tapi.., aku belum menemukan lamaran atau risikan yang bisa membuatkn hatiku tenang..tidak ragu2.
" Nur jgn ssh hati. umi xnk smue ni ganggu pelajaran Nur. jangan risau.. umi akan bagitau abi.. lagipn, ad sstu yang umi xberkenan dgn dia." kata2 umi menenangkan ku.. alhamdulillah... lepas sudah satu bebanan di benakku. memang kebiasaan bg umi dan abi akan menilai siapa pn yg datang merisikku atau melamarku. yang dicari adalah imannya..bukan rupa dan harta..itu prinsipku dan juga pencarian umi dan abi. pasti abi mahu menyerahkanku kepada sseorng yg bisa menjadi imam buatku dan zuriat kami kelak.
kucapai tangan umi lantas aku menciumnya bertubi2. sungguh aku rasa terharu, tenang, bahagia, sedih, silih berganti. umi tersenyum sambil mengusap2 kepalaku.
"umi tau anak umi..."ucapnya. aku rebah dalam pelukan hangat seorng ibu. kala itu, tanpa sedar, aku memberitahu sstu yang aku rahsiakan dari siapa pn.tentang seornag llki yang melamarku walau tanpa mengenali wajahku. pelik..tapi itu yg brlaku. ku ceritakan juga perihal aku dilamar oleh suami orng dan seorng ustaz yang sememngnya sudah lama diketahui oleh kluargaku. keluarga amat sukakan ustaz. tapi, nth la... aku yg masih dalam dilema.
serik rasanya bila teringat apa yg brlaku dulu..kesakitan yang dialami..gangguan..godaan...fitanh..ugutan.. yaAllah.....terlalu perit...hanya Allah yang Mengetahui..
"umi tau sayang...umi kalau bleh nk anak umi ni punya penjga dan pelindung yang halal..umi mahukan pedamping yg terbaik tuk Nur. umi syukur sgt punya anak sekuat dan setabah Nur. Nur...., umi dh bt kptusan..bnyak sgt Nur tolak. andai dlm masa trdekat ni ad sesiapa yg datang, umi akan trima siapa pn dia. umi dah sepakat dgn abi..umi tak nak Nur mcm ni lg. Umi tak nak sstu yang buruk berlaku lg. mgkin dari penolakan itu ada yang berkecil hati. Umi risaukan keselamatan Nur.tambahan pulak Nur jauh...Umi xnmpak Nur.." 
aku tersentak. benarkah apa yg aku dgr dari mulut umi? umi akan terima siapa pn yg dtg melamar lepas ini. YA Allah...
"Nur xleh menolak..semue ni demi kebaikan Nur.. ini keputusan abi dan umi...umi akan bincang dgn abi." kata2 tegas umi membuatkan aku terdiam. kebenaran dari kata2 nya membisukanku. benar... aku tahu, umi dan abi risaukan keselamatanku. mereka pernah lihat ape yg brlaku kepadaku dulu..fitnah..ugutan..sakit...mana ad a haty ibu bapa yang tegar biarkan anaknya trus begitu berulang kali. yaAllah....sungguh aku benar2 sayu. siapa dia nanti.? mampukah aku menerima? walaupun tanpa mengenali? Allahu Rabbi...bantu aku......
teringat aku pada sabda Nabi SAW: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad). yaAllah...aku harus buat keputusan terbaik..
"andai yg datang itu kena pd pndgn mata umi abi, umi abi redha akan agama dan akhlaknya, Nur terima....." ucapku..aku tak mampu berkata tidak. memang itu sifatku. menurut asalkn smue untuk kebaikanku. kulihat snyuman terukir di bibir umi.. 'mungkinkah mereka sudah mmpunyai pilihan buatku?' prtanyaan itu kubiarkan angin bayu mmbawanya pergi. jauh2.
..............................................................................


~~semoga yang datang dia yang diimpikan..Allah Maha Mengetahu...JODOH itu RAHSIA ALLAH... siapa, bila, bagaimana, di mana.., semue dalam perancangan dan pengetahuanNYA.. insyaAllah... akan ku terima dgn penuh kesyukuran dan redha..
yaAllah...., dampingi aku dgn lelaki yang mencintaiMU dan RasulMU melebihi apa saja di dunia ini... jodohkan aku dgn dia yang ikhlas menerimaku... berkati kami.., yaAllah... permudahkanlah....aminn...~~


22DISEMBER2011
Selama Perak.

Saturday 17 December 2011

Cinta Sampai Syurga

Sebuah pernikahan didahului oleh pilihan bebas yang penuh kesedaran dan tanggung jawab. Masa awal-awal pernikahan merupakan masa dimulainya perjuangan untuk memupuk rasa simpati dan menyuburkannya menjadi cinta.

Al-Quran menyebut cinta antara Suami-Isteri dengan kata afdha. Maknanya, seperti keterbukaan angkasa raya. Dalam cinta yang demikian, tak ada lagi sikap yang penuh pura-pura. Suatu hari, mungkin suami akan mendatangi isteri dengan sebeban masalah dan suami tak sedikitpun ragu untuk mengeluhkan beban dan bahkan mungkin menangis di pangkuannya. Mungkin, ketika di luar rumah, sang suami tetap tegar dengan air muka yang selalu ceria.

 Pernah di suatu ketika, Nabi agung Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi  Khadijah radhiallahu ‘anha dalam keadaan gelisah dan ragu seusai mendapat wahyu pertama. Dengan kelembutannya,Khadijah ra menenangkan dan menguatkan hati Nabi Allah... lihat, betapa indahnya ikatan halal itu... ^_^

Ana pernah terdgr tentang kata-kata Umar ibn Khattab ra. Katanya, seorang laki-laki akan menjadi anak-anak ketika ia hanya berdua bersama Isterinya. ana masih mncri huraiannya..insyaAllah...:))


Nabi SAW memiliki sikap yang sangat hangat kepada setiap Isterinya. pernah satu hari, ketika Nabi bersama beberapa sahabat. Seorang utusan datang membawa makanan. Ketika mengetahui makanan itu berasal dari Ummu Salamah ra, Aisyah ra langsung menampakkan kecemburuannya yang luar biasa. habis makanan itu dilempar sehingga pecah. Nabi tersenyum dan baginda hanya berkata kepada para sahabatnya, “Ibu kalian sedang cemburu”.
pernah juga suatu ketika, ada sahabat yang mengadu pada Umar ra perihal Isterinya yang marah-marah kepadanya. Sahabat itu mendapatkan jawapan Umar ra yang tak disangka. “Isteriku juga marah kepadaku, tapi aku diam saja. Dia yang mengurus rumahku, mencuci pakaianku, memasak makanan untukku dan merawat anak-anakku. Dia berhak untuk marah kepadaku kalau aku juga tak menurut kepadanya.” 


Setiap pasangan tentu selalu mendambakan lahirnya cinta sejati. Begitu juga kita,termasuk ana  pasti juga merindukannya. Bagi ana, teladan cinta sejati adalah cinta yang dimiliki dan dipamerkan oleh Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam terhadap Khadijah radhiallahu ‘anha. Bukan puteri Cinderella dan pangerannya. Bukan pula Romeo dan Juliet. Atau kisah-kisah asmara dalam buku dan sandiwara-sandiwara khayalan serta dongengan.

Tentu saja, cinta pasangan Nabi dan Ibu kaum mukminin itu terlalu sempurna buat kita. Mungkini jaraknya sejauh bumi dan langit. Tapi, setidaknya kita punya cermin utama bagaimana kelak kita harus mengambil sikap, melahirkan cinta itu dan kemudian merawatnya dengan hangat. Jika Allah menghendaki Nabi sebagai uswah hasanah manusia, maka teladan itu pasti boleh diraih. Sesulit dan sesusah apapun pasti boleh digapai. Dari sini perjuangan untuk melangsungkan pernikahan dimulai. Dari sini perjuangan untuk tetap setia pada mitsaqan ghalizha menjadi nyata. Dari sini, semoga doa Nabi terwujud, ada ketenangan, cinta kasih dan rahmah. Ada sakinah, ada mawaddah, dan ada rahmah.

Semoga Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, mempercepatkan kita untuk dikejutkan dengan hadiah dari langit, pasangan yang soleh dan solehah. Aamiin



bercinta kita sampai syurga...bersama insan yang halal..... 

Thursday 15 December 2011

Perkara Yang Suami Tidak Suka Tapi Mereka Buat – Dr Fadzilah Kamsah

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Perkara C yang paling perempuan pula tidak suka mengenai suami/pasangan “CURANG”. Kadang-kadang bukan salah si isteri, dah memang si suami/pasangan yang memang kaki CURANG!!!

Wednesday 14 December 2011

Milikilah Sifat Malu


Assalamulaikum,syukur kepada Allah diberi kesempatan untuk menulis dan mengingatkan kepada sahabat2....Kali ini ana akan tekan perihal sifat malu.

Dewasa ini telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlak dan tersebarnya kemaksiatan.  Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain.  Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.
Malu adalah sebahagian daripada iman.  Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.  Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Pentingnya memiliki sifat malu.  Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang.  Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat.  Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya.  Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar.  Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya.  Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.
Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” (HR Bukhari)
Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput.  Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang.  Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.
“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati.  Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan.  Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang.  Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.
Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu.  Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal.  Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua.  Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata:  “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”
Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:  Rasulullah saw. bersabda:  “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim No.50)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim No.53)

Tuesday 13 December 2011

Penyakit-Penyakit Hati

Al-Imam Ibnu Abil 'Izzi

Pengantar:
Untuk sedikit menambah pengetahuan kita tentang penyakit hati, berikut ini akan saya kutipkan risalah dari buku "Tahdzib Syarh Ath-Thahawiyah..." karya Syeikh Abdul Akhir Hammad Alghunaimi. Akan tetapi, barangkali risalah itu sendiri lebih tepat disebut karya Al-Imam Ibnu Abil 'Izzi, karena beliaulah yang menulisnya sebagai syarh (penjelasan) dari kitab Aqidah yang disusun oleh Imam Ath-Thahawi yang dikenal dengan kitab "Aqidah Thahawiyah". Sedang Syeikh Abdul Akhir Hammad Alghunami adalah yang melakukan tahdzib (penataan ulang). Semoga bermanfaat.

Hati itu dapat hidup dan dapat mati, sehat dan sakit. Dalam hal ini, ia lebih penting dari pada tubuh.
Allah berfirman, artinya:
"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya." (Al-An'am : 122)

Artinya, ia mati karena kekufuran, lalu Kami hidupkan kembali dengan keimanan. Hati yang hidup dan sehat, apabila ditawari kebatilan dan hal-hal yang buruk, dengan tabi'at dasarnya ia pasti menghindar, membenci dan tidak akan menolehnya. Lain halnya dengan hati yang mati. Ia tak dapat membedakan yang baik dan yang buruk.

Dua Bentuk Penyakit Hati:

Penyakit hati itu ada dua macam: Penyakit syahwat dan penyakit syubhat. Keduanya tersebut dalam Al-Qur'an.
Allah berfirman, artinya:
"Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan bicara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya. " (Al-Ahzab:32)
Ini yang disebut penyakit syahwat.

Allah juga berfirman, artinya:
"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya..." (Al-Baqarah : 10)
Allah juga berfirman, artinya:
"Dan adapun orang yang didalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada)." (At-Taubah : 125)

Penyakit di sini adalah penyakit syubhat. Penyakit ini lebih parah daripada penyakit syahwat. Karena penyakit syahwat masih bisa diharapkan sembuh, bila syahwatnya sudah terlampiaskan. Sedangkan penyakit syubhat, tidak akan dapat sembuh, kalau Allah tidak menanggulanginya dengan limpahan rahmat-Nya.

Seringkali penyakit hati bertambah parah, namun pemiliknya tak juga menyadari. Karena ia tak sempat bahkan enggan mengetahui cara penyembuhan dan sebab-sebab (munculnya) penyakit tersebut. Bahkan terkadang hatinya sudah mati, pemiliknya belum juga sadar kalau sudah mati. Sebagai buktinya, ia sama sekali tidak merasa sakit akibat luka-luka dari berbagai perbuatan buruk. Ia juga tak merasa disusahkan dengan ketidak mengertian dirinya terhadap kebenaran, dan keyakinan-keyakinannya yang batil. "Luka, tak akan dapat membuat sakit orang mati." *). Terkadang ia juga merasakan sakitnya. Namun ia tak sanggup mencicipi dan menahan pahitnya obat. Masih bersarangnya penyakit tersebut di hatinya, berpengaruh semakin sulit dirinya menelan obat. Karena obatnya dengan melawan hawa nafsu. Itu hal yang paling berat bagi jiwanya. Namun baginya, tak ada sesuatu yang lebih bermanfaat dari obat itu. Terkadang, ia memaksa dirinya untuk bersabar. Tapi kemudian tekadnya mengendor dan bisa meneruskannya lagi. Itu karena kelemahan ilmu, keyakinan dan ketabahan. Sebagai halnya orang yang memasuki jalan angker yang akhirnya akan membawa dia ke tempat yang aman. Ia sadar, kalau ia bersabar, rasa takut itu sirna dan berganti dengan rasa aman. Ia membutuhkan kesabaran dan keyakinan yang kuat, yang dengan itu ia mampu berjalan. Kalau kesabaran dan keyakinannya mengendor, ia akan balik mundur dan tidak mampu menahan kesulitan. Apalagi kalau tidak ada teman, dan takut sendirian.

Menyembuhkan Penyakit Dengan Makanan Bergizi dan Obat:

Gejala penyakit hati adalah, ketika ia menghindari makanan-makanan yang bermanfaat bagi hatinya, lalu menggantinya dengan makanan-makanan yang tak sehat bagi hatinya. Berpaling dari obat yang berguna, menggantinya dengan obat yang berbahaya. Sedangkan makanan yang paling berguna bagi hatinya adalah makanan iman. Obat yang paling manjur adalah Al-Qur'an masing-masing memiliki gizi dan obat. Barangsiapa yang mencari kesembuhan (penyakit hati) selain dari Al-kitab dan As-sunnah, maka ia adalah orang yang paling bodoh dan sesat.
Sesungguhnya Allah berfirman:
"Katakanlah: "Al-qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-qur'an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat jauh." (Fushshilat : 44)

Al-qur'an adalah obat sempurna untuk segala penyakit tubuh dan hati, segala penyakit dunia dan akherat. Namun tak sembarangan orang mahir menggunakan Al-qur'an sebagai obat. Kalau si sakit mahir menggunakannya sebagai obat, ia letakkan pada bagian yang sakit, dengan penuh pembenaran, keimanan dan penerimaan, disertai dengan keyakinan yang kuat dan memenuhi syarat-syaratnya. Tak akan ada penyakit yang membandel. Bagaimana mungkin penyakit itu akan menentang firman Rabb langit dan bumi; yang apabila turun di atas gunung, gunung itu akan hancur, dan bila turun di bumi, bumi itu akan terbelah? Segala penyakit jasmani dan rohani, pasti terdapat dalam Al-qur'an cara memperoleh obatnya, sebab-sebab timbulnya dan cara penanggulangannya. Tentu bagi orang yang diberi kemampuan mamahami kitab-Nya.

*) [Penggalan akhir bait sya'ir Al-Mutanabbi, yang mana penggalan awalnya adalah: "Orang yang hina, akan mudah mendapat kehinaan"]

Dikutip dari: Abdul Akhir Hammad Alghunaimi, "Tahdzib Syarh Ath-Thahawiyah Dasar-dasar 'Aqidah Menurut Ulama Salaf", penerjemah: Abu Umar Basyir Al-Medani, Pustaka At-Tibyan, buku 2, Cetakan I, 2000, hal 264-266.

Friday 9 December 2011

Munakahat (Perkahwinan)

Perkahwinan Dan Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengannya



1)Pengertian Perkahwinan
Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya. Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”
Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak.Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.
Allah berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 1, ertinya :
“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”
Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :
“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Air Mata Malam Pertama

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.
Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

“Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.
“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.”Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.
“Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.
Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.


Thursday 8 December 2011

Doa Putus Cinta Dan Pendekat Jodoh

PENGERTIAN DOA


Perkataan doa diambil dari Bahasa Arab yang merupakan ‘nama terbitan’ (masdar) dari kata kerja (perbuatan) ‘Da’aa, dari sudut bahasa bererti ‘seruan’, panggilan, ajakan atau permintaan.
Jika dilihat dari segi pengertian syara’, doa adalah ‘memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran.
Antara firman Allah:
Maksudnya “ Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Ghafir: ayat 60)

KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN DOA
1- Doa merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan RabNya.
2- Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah.
3- Doa merupakan satu bentuk zikir kepada Allah.
4- Doa merupakan senjata yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.

Mengapa Perasaan Perempuan Selalu Lemah


Duhai Hawa, mengapa kita terlalu lemah? Ana selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.
Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.
Peliknya, untuk memahami perasaan naluri diriku sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.
Benar umum sudah mengetahui, cinta kepada Allah itulah paling hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi.
Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup hanya dengan mentaati perintah-Nya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan juga membaca Al-quran.
Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa ramai manusia hatta orang-orang soleh sendiri gagal dalam meraih cinta dari Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.
Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.
Saidina Umar pernah berkata : "Seorang yang memiliki kualiti taqwa adalah seperti seorang yang berjalan di atas jalan berduri dengan berhati-hati. Seperti mana dia sangat berhati-hati untuk memastikan pakaiannya tidak terkena duri tersebut seperti itu jugalah seorang yang bertaqwa itu harus berhati-hati dalam setiap perbuatan yang dilakukannya."
Saidina Ali juga pernah berkata : "Taqwa adalah takutkan Allah, berbuat seperti mana yang disuruh oleh Allah, puas dengan apa yang ada dan bersiap sedia untuk hari pelepasan (kematian)."

Jangan Letari Suami & Jangan Bebani Isteri

Assalamualaikum warahmatullah….
Berikut adalah artikel tentang hukum seseorang isteri meleteri suaminya… sebagai panduan kepada para isteri dan juga suami. Hujjah-hujjah berdasarkan keadaan sosial semasa dan dalil-dalil naqli… mengira sikap sesetengah isteri zaman sekarang yang ‘kurang tahu’ menghormati suaminya… memikirkan betapa ramai kaum hawa di humban ke dalam neraka gara-gara perkara tersebut. (Baca kisah isra’ wal mi’raj ) Artikel ini mengajar para isteri agar memperbanyakkan sabar menghadapi sikap dan karenah sesetengah suami yang ‘tidak membantu’ dalam urusan rumah tangga. Apapun… setelah membaca artikel ini… diharapkan para suami tidak lepas tangan dengan menyerahkan segala urusan kerja rumah kepada isteri. Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk turut membantu isteri di rumah. Janganlah terlalu bersifat egois. Mentang-mentang isteri itu statusnya suri di dalam rumah… si suami sebagai raja….. segala kerja diletakkan di bahu si suri. Para suami yang ‘tidak membantu’ kenalah ubah sikap. Kalau hari cuti… bolehlah membantu isteri memasak… paling tidak tolong kupas bawang, siang ikan, mengemas rumah … dll. Isteri akan gembira sekiranya si suami bersifat memahami walaupun yang dibantu tidaklah seberapa seperti mencuci pinggan sendiri setelah selesai makan. marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga artikel ini akan membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.

Kisah Benar Pahala Seorang Isteri


Gambar sekadar hiasan
*Dipetik dari Majalah Nur - CAHAYA KEINSAFAN

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Suami Jangan Lalai Dari Tangung Jawab


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At-Tahrim : ayat 6 )
Kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka). Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar. Allah swt. telah berfirman dalam surah at-Tahrim yang maksudnya:
Allah swt menyuruh kita memelihara diri kita mentaati segala peraturan Allah yang telah diperintahkan samada perintah-perintah yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah, sunat-sunat Muakkad dan Ghair Muakkad. Inilah bentuk-bentuk perintah Allah yang mesti kita taati dan patuhi. Semua amalan perintah ini hendaklah kita lakukan dengan ikhlas dan jujur dengan niat semata-mata kerana Allah dan bukan lain dari Allah.
Maksud 'Peliharalah diri kamu' itu bukan sahaja sekadar mentaati segala perintah Allah tetapi juga adalah menjauhi segala larangan Allah kepada diri kita seperti dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil dan juga larangan yang mendatangkan makruh. Contoh-contah dosa besar seperti berzina, minum arak, makan riba, mencuri dan lain-lain. Manakala dosa-dosa kecil seperti melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah atau bergaul lelaki perempuan yang diharamkan oleh Allah dan sebagainya. Dalam perkara makruh juga perlulah dielakkan kalau kita hendak memelihara diri daripada seksa api neraka.
Allah swt. maksudkan 'Ahli keluarga kamu' itu ialah, isteri-isteri kita, anak-anak, orang-orang gaji dan sesiapa saja yang di dalam jagaan kita. Tanggungjawab kita kepada ahli keluarga ialah menjaga, mendidik, mengajar dan memimpin mereka dalam melakukan perkara-perkara sepertimana yang Allah tanggungjawab pada diri kita sendiri. perlulah disuruh anak isteri melakukan perkara-perkara yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat yang lain. Wajib pula menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina, mencuri, dedah aurat, mengumpat, hasad dengki, takbur, riak dan lain-lain lagi.

Silatulrahim:Laknat Allah Bagi Yang Memutuskannya


Hukum memutuskan silaturrahim



Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:
"(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.”
(Surah Muhammad: Ayat 22-23)
Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.”
(Hadits riwayat Muslim)

Tuesday 6 December 2011

Secantik Ainul Mardhiah

Bismillahirrahmanirrahim


♥♥♥ Kisah Ainul Mardhiah (Bidadari Tercantik di Surga) ♥♥♥ 


Ainul Mardhiah adalah seorang bidadari yang paling cantik di surga yang Allah ciptakan untuk sesiapa yang mati syahid berjuang di jalan Allah. Secara bahasa Ainul Mardhiah berarti mata yang diridhai. Atau setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keridhaan di hati.


Kisah Ainul Mardhiah diceriterakan dalam Hadits Nabi riwayat Tirmidzi :
Ketika pagi hari di bulan Ramadhan, Nabi sedang memberikan targhib (semangat untuk berjihad) kepada pasukan Islam. Nabi pun bersabda, "Sesungguhnya orang yang mati syahid karena berjihad di jalan Alloh, maka Alloh akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah, bidadari paling cantik di surga". Salah satu sahabat yang masih muda yang mendengar cerita itu menjadi penasaran. Namun, karena malu kepada Nabi dan sahabat-sahabat lain, sahabat ini tidak jadi mencari tahu lebih dalam mengenai Ainul Mardhiah.


Waktu Zuhur sebentar lagi, sesuai sunah Rasul, para sahabat dipersilakan untuk tidur sejenak sebelum pergi berperang. Bersama kafilah perangnya pun sahabat yang satu ini tidur terlelap dan sampai bermimpi.
Di dalam mimpinya dia berada di tempat yang sangat indah yang belum pernah ia kunjungi sebelumnya. Dia pun bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik yang belum pernah ia lihat sebelumnya.


Ia pun bertanya kepada wanita tersebut, "Di manakah ini?".
"Inilah surga.", jawab wanita itu.
Kemudian sahabat ini bertanya lagi, "Apakah Anda Ainul Mardhiah?".
"Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau Anda ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang berada di bawah pohon yang rindang itu."

Didapatinya oleh sahabat itu seorang wanita yang kecantikannya berkali-kali lipat dari wanita pertama yang ia lihat.
"Apakah Anda Ainul Mardhiah?"
"Bukan saya ini penjaganya. Kalau Anda ingin bertemunya di sanalah singgasananya."

Monday 5 December 2011

Wanita Jadilah Seperti Pohon Semalu

semalu.jpg

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Istiqamah,Istiqarah Dan Istighfar

Muslim sejati akan sentiasa mengingati Pencipta sekalipun berdepan dengan cabaran
UNTUK berdepan cabaran hidup, kita perlu memiliki pegangan dan amalan iaitu istiqamah, istiqarah dan istighfar.
Ù¡- Istiqamah dapat ditakrifkan sebagai: "kukuh dalam akidah dan konsisten dalam beribadah". Pentingnya istiqamah ini dapat dilihat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud,

dari Abi Sufyan bin Abdullah berkata, " Aku telah berkata, 'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku pesan dalam Islam sehingga aku tidak perlu bertanya kepada orang lain selain engkau'. Nabi menjawab: "Katakanlah aku telah beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah'." (Hadis Riwayat Muslim).

Orang yang istiqamah selalu kukuh dalam akidah dan tidak goyang keimanan dalam menghadapi hidupnya. Walaupun ia dihadapkan dengan persoalan hidup, ibadatnya tidak ikut surut. Ia tetap memperhatikan haram halal walaupun sakunya kering atau tebal. Sujud pantang berhenti, sekalipun dicaci dipuji. Ia hidup dalam kenikmatan, namun tidak tergoda melakukan maksiat.
Orang seperti ini dipuji Allah SWT melalui firman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu'"
( Fusshilat: 30)

Ù¢- Istiqarah pula dapat didefinisikan sebagai, selalu mohon petunjuk Allah SWT dalam setiap langkah dan penuh pertimbangan dalam setiap keputusan.

Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berbicara dan melakukan suatu perbuatan. Namun, menurut Islam, tidak ada kebebasan tanpa batas, dan batas itu adalah aturan agama. Maka seorang Muslim yang benar, selalu berfikir berkali-kali sebelum melakukan tindakan atau mengucapkan sebuah ucapan serta ia selalu mohon petunjuk kepada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda,

"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka berkatalah yang baik atau diamlah. (Hadis Al-Bukhari dan Muslim).

Orang bijak selalu berkata, berfikirlah hari ini dan berbicaralah esok hari.
Kalau ucapan itu tidak baik apalagi sampai menyakitkan orang lain, maka tahanlah, jangan diucapkan, sekalipun menahan ucapan itu terasa sakit. Tapi kalau ucapan itu benar dan baik maka katakanlah, jangan ditahan sebab lidah kita menjadi lemas untuk meneriakkan kebenaran dan keadilan serta menegakkan amal makruf nahi mungkar.
Mengenai kebebasan ini, malaikat Jibril pernah datang kepada Muhammad SAW untuk memberikan rambu-rambu kehidupan. Baginda bersabda yang bermaksud,

"Jibril datang kepadaku dan berkata: 'Hai Muhammad hiduplah sesukamu, tapi sesungguhnya engkau suatu saat akan mati. Cintailah apa yang engkau sukai tapi engkau suatu saat pasti berpisah juga dan lakukanlah apa yang engkau inginkan, sesungguhnya semua itu ada balasannya,'" (Hadis Baihaqi dari Jabir).

Sabda Nabi SAW ini semakin penting untuk diresapi ketika akhir-akhir ini dengan dalih kebebasan. Banyak orang berbicara tanpa logik dan data yang benar dan bertindak sesuka hati tanpa mengendahkan etika agama.
Kita memasyarakatkan istiqarah dalam segala langkah kita, agar kita benar-benar bertindak secara benar dan tidak menimbulkan kekecewaan pada kemudian hari.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak akan rugi orang yang beristiqarah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah dan tidak akan miskin orang yang hidupnya hemat. (Hadis Thabrani dari Anas)

Ù£- Istighfar pula dapat diertikan sebagai bermuhasabah diri dan mohon ampun kepada Allah SWT. Setiap orang pernah melakukan kesalahan, sama ada kesalahan individu atau kesalahan sebagai sebuah bangsa. Setiap kesalahan dan dosa itu sebenarnya penyakit yang merosak kehidupan kita, ia harus diubati.
Banyak persoalan besar yang kita hadapi akhir-akhir ini adalah akibat kesalahan kita sendiri. Muhasabah diri dan pohonlah keampunan kepada Allah SWT. Buatlah pembetulan untuk masa depan yang lebih cerah dengan penuh keredaan Allah SWT.
Dalam persoalan ekonomi, jika rezeki Allah SWT tidak sampai kepada kita disebabkan kita malas, maka yang perlu diubati adalah sifat malas itu. Kita tidak boleh menjadi umat pemalas. Malas adalah sebahagian musuh kita.
Namun, ada kalanya kehidupan sosial ekonomi sebuah bangsa yang mengalami kesulitan. Kesulitan itu disebabkan dosa masa lalu yang bertompok dan belum bertaubat darinya. Jika itu penyebabnya, maka satu-satunya ubat adalah beristighfar dan bertaubat.
Firman Allah SWT yang mengisahkan seruan Nabi Hud kepada kaumnya yang bermaksud,

"Dan (Hud) berkata, hai kaumku, mohonlah ampun kepada tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa" (Hud: 52).


wallahu'alam..

Jaga Hati Jangan Kotori

RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud:
"Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia kalbu."
Kalbu atau hati sifatnya cepat berubah. Ia diumpamakan titik sasaran, sentiasa menerima kesan lontaran dari setiap penjuru yang akan mengubah sifatnya.
Al-Quran menyatakan, maksudnya:
"Dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung." (al-An'am:110)
Nabi s.a.w sangat mengetahui mengenai sifat hati. Baginda selalu berdoa dengan lafaz seperti, "Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu."
Menurut Islam, hati manusia inilah yang menjadikan manusia itu hidup dengan kehidupan yang sebenar, malah hati jugalah yang menyebabkan manusia mati dalam hidupnya.
Berbeza dengan bukan Islam yang melihat kepada aspek fizikal semata-mata menunjangi kehidupan dan kerana itu, mereka tidak dapat melakukan penafsiran apabila jasad yang sihat kelihatan tidak bermaya dalam hidup.
Pakar perubatan moden mungkin mampu memberikan rawatan kepada segala bentuk penyakit yang menimpa jasad, tetapi tidak mungkin dalam persoalan berkaitan hati bersifat rohani.
Hatilah yang menjadikan hidup seseorang sejahtera atau sebaliknya. Kesihatannya memberi kesan kepada kesihatan jasmani seseorang. Begitulah juga sebaliknya, tetapi berapa ramai antara kita mempedulikannya?

Sebenarnya hati yang sejahtera ialah hati bersifat tenang (mutmainnah), iaitu sebati dengan zikrullah, mempunyai keyakinan iman di peringkat ainul yaqin, berjaya menghakikatkan konsep ubudiyah kepada Allah, menundukkan keinginan nafsu kepada iradah Allah dan bersih daripada sifat merosakkan.
Hati yang sihat ada sifat sentiasa kembali kepada Allah, iaitu mereka yang mempunyai sifat al-khasyah, penyerahan kepada Allah, tawakal dan tazakkur (mengingati ayat Allah).
Malah, hati yang sihat bersih daripada syirik dan segala bentuk penyembahan taghut serta bertakwa. Hati ini diterima Allah.
Setiap individu tidak akan mengenal Allah jika tidak melalui hati, bahkan gagal mendekatkan diri kepada-Nya dan berjalan menuju-Nya. Anggota badan hanyalah pengikut dan tidak lebih sekadar khadam yang setia kepadanya.
Hati jugalah yang menjadi punca kebahagiaan dan kekecewaan. Kebahagiaannya ialah dengan membersihkannya manakala kekecewaannya dengan memijak dan melumurinya dengan kekotoran.
Seorang yang mengenali hati akan mengenal dirinya. Seorang jahil dengan hatinya akan jahil terhadap dirinya. Oleh itu, sesiapa yang jahil terhadap hati dan dirinya, akan jahil terhadap Tuhannya.
Hati manusia seperti juga anggota fizikal, kesakitannya pelbagai tahap, dengan sesetengahnya di peringkat tenat, sehingga sukar diubati dan ada di peringkat sederhana yang senang dirawat.
Antara penyakit hati dan tandanya ialah kekufuran, sama ada kufur kerana jahil atau kerana semata-mata keingkaran, angkuh dan derhaka kepada hukum Allah, kesesatan, penyelewengan dan bidaah serta kemunafikan.
Keraguan kepada tanda kebenaran, kebesaran dan kesempurnaan Allah, muwalah atau memberi kesetiaan kepada orang kafir, enggan dan berat hati untuk berjihad di jalan Allah, rakus kepada maksiat dan derhaka kepada perintah Allah.
Hati yang sakit bersifat dengan sifat tercela seperti takbur, hasad dengki, riak, pemarah, bakhil, khianat, cintakan kedudukan dan harta, mengikut nafsu, buruk sangka dengan Allah, putus asa daripada rahmat Allah serta memusuhi dan membenci ulama yang soleh.
Pendek kata, hati diumpamakan seperti kaca diwarnai apa yang ada di dalam dan di sekelilingnya. Ia juga boleh diumpamakan bekas daripada kaca yang berwarna mengikut warna yang ada di dalamnya.
Nabi s.a.w, pernah bersabda maksudnya:
"Hati itu empat. Hati yang bersih, di dalamnya ada pelita bercahaya, itulah hati yang mukmin. Hati hitam dan songsang, itulah hati yang kafir. Hati yang tertutup dan terikat pada tutupannya, itulah hati yang munafik. Hati yang terbentang, di dalamnya mengandungi keimanan dan kemunafikan.
"Iman di dalamnya diumpamakan seperti sayur (kubis) yang mengandungi bahan air yang baik dan kemunafikan pula diumpamakan seperti pekung yang mengandungi air nanah. Mana-mana antara kedua-dua bahan ini yang lebih mengatasi, itulah yang menguasai (hati)nya."

wallahualam..

Sunday 4 December 2011

Ingat Mati Ukur Persediaan Ke Akhirat

KEMATIAN adalah hal yang pasti dan semua manusia akan melaluinya apabila tiba masa. Mungkin kita pernah mengiringi jenazah ahli keluarga, sanak saudara atau rakan dan sudah tentu suasana hiba menyelubungi setiap insan yang menghantar jenazah ke tanah perkuburan.
Mereka yang mati berdepan dengan alam barzakh dan bagi yang hidup, tidak terlintas di sanubari untuk menginsafi diri suatu ketika nanti beginilah keadaan nyawa berpisah daripada jasad.

Sepatutnya saat menziarah jenazah dan mengiringi ke perkuburan membuka ruang keinsafan yang menjurus kepada bermuhasabah demi membetulkan segala dosa silam yang pernah kita lakukan.
Itulah saat paling murni untuk membayangkan apakah persediaan kita menanti saat itu tiba.
Alangkah indahnya jika kematian itu membuahkan keinsafan hakiki lalu menjernihkan lubuk hati setiap pengiring jenazah bahawa inilah hari hamba Allah tadi dan tidak tahu bila pula waktu yang dijanjikan untuk kita.

Saat itu sepatutnya meluaskan pandangan kita terhadap kehidupan yang dilalui apakah ia turut diperlengkapkan dengan perkara wajib dilaksanakan bagi memastikan perjumpaan dengan Allah yang menjadikan atau kehidupan dilalui sebelum ini tidak ada satu pun yang menjanjikan kebaikan untuk akhirat kerana jika itu keadaannya, tibalah masa memperbaiki kelemahan diri seterusnya merencana agenda serta tindakan supaya kita tidak datang ke alam satu lagi dengan tangan kosong.
Justeru, tanpa mengabaikan keperluan hidup di dunia ini, penekanan perlu diberikan kepada matlamat akhir iaitu mencapai kejayaan dan kebahagiaan di akhirat serta termasuk dalam golongan yang akan berbahagia dengan bekalan amalan dibawa.
Pintu taubat sentiasa terbuka dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Ambil tindakan awal dan mulakan dari sekarang untuk menghasilkan bekalan bagi kehidupan yang sejahtera di akhirat nanti.
Buangkan jauh hasutan yang melalaikan. Jangan fikir hanya kerana diri masih muda, tenaga masih kuat dan wajah belum berkedut, kita masih boleh melambatkan usaha menyediakan bekalan untuk akhirat.

Lihat di sekeliling kerana kita tidak perlu membuat statistik atau perangkaan umur kematian kerana setiap peringkat umur berdepan kematian, baik bayi dalam rahim yang baru dilahirkan, masih belum umur setahun, sudah remaja, dewasa serta yang semakin tua.
Semua tidak dapat lari kerana apabila tiba masanya, tiada siapa boleh menahan, melambatkan atau mempercepatkan. Itu sudah dijelaskan dan difahamkan, malah semua umat Islam yang beriman kepada Allah mengakui hakikatnya.
Oleh itu, beruntung mereka yang sentiasa mengingati kematian dan memastikan setiap saat kehidupan di bumi ini dilalui bagi memenuhi keperluan hidup di dunia dan akhirat.
Keseimbangan memainkan peranan penting tetapi tidak dinafikan agak sukar untuk menyeimbangkan diri memenuhi tanggungjawab di dunia apa lagi akhirat yang menjadi hentian abadi makhluk yang diciptakan Allah ini.
Kata Imam al-Ghazali:

“Mengingati kematian itu menghasilkan kemanisan iman sekali gus menguatkan rasa bertuhan dan dekat kepada Allah.”

Kelebihan mengingati mati juga akan melembutkan hati serta jiwa yang keras. Percayalah hati kita menjadi lembut apabila sentiasa ingat Allah dan mati.
Dikisahkan, ibu saudara Nabi SAW dan ibu kepada Saidina Zubair Ibnu ‘Awwam iaitu Sayyidah Safiyyah binti Abdul Mutalib menceritakan: “Seorang perempuan bertemu Aisyah mengadu mengenai hatinya yang keras dan kusut. Aisyah berkata: Banyakkan mengingati mati, nanti akan lembut dan tenanglah hatimu itu.
“Perempuan itu mengamalkan pesanan Aisyah. Hasilnya, hati perempuan itu tenang dan kembali lembut. Kemudian dia berkunjung semula menemui Aisyah untuk mengucapkan terima kasih.”
Demikianlah ceritanya bagaimana hati seseorang yang keras dan tidak tenang dapat dilembutkan dengan mengingati mati. Oleh itu, apabila menghadapi masalah yang menyusahkan hati, ingatlah mati semoga hati menjadi lembut dan bersedia meneruskan kehidupan mencari keredaan Allah.
Jangan jadikan kematian sesuatu yang menakutkan atau menggugat ketenangan jiwa sebaliknya, jadikan mati sebagai janji Allah dan kesenangan untuk mereka yang sentiasa melakukan persediaan menghadapi saat itu.
Jangan tanya bagaimana hendak menghadapi kematian sebaliknya sentiasa memperbanyakkan amalan yang akan memudahkan kita menghadapi saat itu selain memastikan satu kehidupan lebih baik selepas itu.
Sentiasalah mengingati mati dan melakukan persediaan menghadapinya kerana Rasulullah SAW menyatakan orang paling cerdik adalah yang paling banyak mengingati mati.

Wallahualam...

Air Mata Keinsafan

Air Mata Keinsafan
"Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi,Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku,Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa,
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w,kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain,Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam,Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah,Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah,Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu,Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku,Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku,Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya,Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"

KETULUSAN CINTA

masyaAllah...rupa-rupany, DIA bagi sesuatu atas mata yg ase xmngntuk ni...trgamam dan tkjut seketika.. ntah kenapa, mnggigil tubuh ini..yaAllah..., betapa hebat kekuasaan-MU...terasa kasih sayang-MU padaku sntiasa brtmbah..sungguh yaAllah..., makin kuat cintaku untuk-MU. tiada cinta lain melainkan diri-MU..aku hnya inginkan-MU ya RAHIM......cukup Allah bagiku.......
walau apa pun, diri ni ttp ase brsyukur atas anugerah yg DIA berikan ni..pacaindera yg dikurniakan mmpu membongkar ssuatu yang terzahir di hadapan mata..ALLAHU AKBAR........
malam ini DIA kabulkn doaku...yang sekian lama memohon kpdaNYA agar tak kan ad lagi ssuatu yang hnya mmbuang masa dan sia2..
yaAllah.....kuatnya perasaanku terhadapMU...jgn kau biarkan aku mencintai sstu melebihi cintaku kepadaMU....aku mohon.... 


sesungguhnya, sujudku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah....DIA PEMILIK CINTAKU.. 



"syukurku kepadaMU ya Allah...walaupun air mata ini tergugur jua kerana itu...Allah...ampuni aku....kekhilafanku punca kelemahan jiwaku..jgn sesekali KAU biarkan diri ini bazirkan air mata  trhdap sstu yang bukan berkaitan dengan-MU..."


Ku berikan cinta dan hatiku
Ku berikan seluruh jiwaku
Ku berjanji seumur hidupku
Hanya ku berikan untuk-MU


Ingin ku buka mata hatiku
Melihat terangnya cahaya-MU
Meniti berjalan ke jalan-MU
Hanya untuk selalu di dekat-MU


Inilah ungkapan hatiku Kepada-MU
Tanda ketulusan cinta
Tak ada yang sempurna
Yang melebihi-MU di dunia
Oh Tuhanku






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...