Assalamualaikum Warohmatullah.....Ahlan Wasahlan..!!

Thursday 3 May 2012

Niqab..

Niqab ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka.Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab. 


1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31: وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah. 


2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut. 


3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.


 4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita? 






Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya. Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.
 Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut. Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).
 Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula. Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan: عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram. Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji. 


KESIMPULAN Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah...♥

Wednesday 2 May 2012

Surat Cinta Buat Calon Suamiku..



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apa kabarnya imanmu hari ini?

Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur? kerana dapat kembali menatap fananya hidup ini..

Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu? atas amanah yang saat ini tengah kau genggam

Wahai calon suamiku, tahukah engkau Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?

Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikap sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak, meskipun kadang-kala asa  keluh dan putus asa menerjah..
namun kini kurasakan diri ini lebih baik..insyaAllah...




Kadang aku bertanya-tanya kenapa Allah selalu menguji di hatiku, bahagian yang terapuh dalam diriku. Namun kini kutahu jawapannya….

Allah tau di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatNya, kembali mencintaiNya..

Ujian demi ujian insya Allah membuatku menjadi lebih tabah dan kuat, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga memiliki aku di hatimu..

Calon suamiku….

Entah dimana dirimu sekarang, tapi aku yakin Allah juga mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang kuat dan teguh, hingga akupun bangga memilikimu kelak.

Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu terhadapku..
Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, maka hanya kesia-siaan dan kekecewaan yang akan kau dapati..

Aku masih haus akan ilmu, namun berbekal ilmu yang ada saat ini aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku…

Wahai calon suamiku…

Saat aku masih menjadi asuhan abi dan ummiku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak..

Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu dan mendampingimu yang soleh, insyaAllah..Aaminn ya Allah...

Aku ini cemburu, tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu..

Aku yakin kaulah yang kubutuhkan meski mungkin bukan yang kuharapkan

Calon suamiku yang dirahmati Allah…

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan kunamai dengan gubuk derita. Karena itulah markas da’wah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta kasih

Ketika kelak telah lahir generasi penerus da’wah islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah ta’ala…

Bunga akan indah pada waktunya, yaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya. bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku…

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik tapi setidaknya bisa menjadi yang terbaik di sisimu kelak…

Calon suamiku….

Inilah sekilas harapan, yang kuukirkan dalam rangkaian kata. seperti kata orang “tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata”. iitulah yang kini kuhadapi…

Kelak saat kita tengah bersama maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu

Bersabarlah calon suamiku doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu…

Untukmu Calon Imanku...


Untukmu wahai Adam Calon imam..
Kewibawaan seorang LELAKI itu bukan di lihat dari seberapa Banyak & Pintar dia Menaklukkan Hati seorang WANITA,
tapi Kewibawaan seorang lelaki itu di lihat seberapa pandai dia menjaga HATI seorang WANITA untuk Memuliakannya di Hadapan SANG PENCIPTA
Kalaulah benar ada harap yang tersimpul didalam hatiku untuk menjadi pendamping didunia dan akhiratmu,
tak akan aku hinakan diri dengan mengemis dan memohon perhatian, cinta juga kasihmu saat ini.Kerana apa yang nampak indah dan sempurna dimataku belum tentu pula dalam pandangan-Nya.

Kalaulah benar pula ada benang- benang rindu menyulam Indah namamu,,maka biarlah ku membingkainya dalam doa disetiap malamku..mengindahkan dengan yang Maha Indah dan menyempurnakan kepada Yang Maha Sempurna... Semoga engkaulah yang Allah Azza wa Jalla pilihkan sebagai imamku kelak..Aamiin ya Rabb'alamin..

Aku tidak pernah memilihmu untukku,tapi Allah Azza wa Jalla yang memilihmu untukku..

aku tidak pernah mengharap mencintaimu,tapi ALLAH Azza wa Jalla telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu..

aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu,tapi Allah Azza wa Jalla yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu..

aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu.Tapi ALLAH Azza Wa Jalla yang telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu..

itulah aku adanya. .Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri. . .Kerana sang Pemilikku yang telah mengaturku dan menentukan bagaimana ku berbuat.

Tuesday 1 May 2012

Nikah lah walaupun masih MUDA...



cinta yang sebelum akad tu..lebih banyak buruknya..yang dulu tu dosa..sebelum dosa makin menggunung dan amal yang ditolak makin menimbun...rasa yakin untuk mendirikan masjid membara2..semangat nak kawin..
pernikahan itu indah..tapi sikit pun saya takkan sangkal kenyataan yang cinta selepas akad tu lahirnya keindahan yang sebenar...cinta yang mulia..cinta kerana Allah..di situ ada berkat yang dicari2..di situ ada rahmat yang berpanjangan dari Ilahi..

Surah al-israa ayat 32~
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal nafsu"


(Hadith riwayat Muslim)

awak nak kawin..?tapi mungkin terpikir pasal study..parents..nak enjoy lagi..duit camane plak..
1st 0f all...pasanglah niat yang baik..
study lagi bukan masalah..skang mase awak tengah study pon tangan awak pegang henfon..kalo tak jawab si dia call..mesti main sms..kan3..??kalo dah kawin boleh study same2..selang selikan ngan borak2 gurau2..takde la ngantuk..

enjoy..enjoy camane pon saye tak tau tapi selalu dengar org cakap..huhu~
maybe skang awak enjoy ngan kawan2 awak..die enjoy ngan kawan2 die..awak bukan tau die tengah buat ape..mane tau die buat benda yg awak tak suke ke...pastu kalo dating bukan best..dapat dosa je..kena jaga jarak takut tersentuh..tak boleh pegang2 tangan..orang umpat2 lagi..kalo dah kawin boleh duk dating sepanjang masa kat mana2..gitu..



pasal duit pun jangan risau sangat..make sure ade saving even sket pon..
jimat2 la ngan duit sch0larship or l0an yang k0rang ade..yakinlah rezeki tu datang dari Allah..
dengan niat yang baik..dan harapan untuk sesuatu yg baik..dan hati2 yang baik..insyaAllah ade kehidupan yg baik Allah kurniakan dan ada limpahan rezeki yg baik2 dariNya...

Surah annur ayat 32~
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah di kalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan,
jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi  Maha Mengetahui.
Rasulullah bersabda,
“ 3 golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya”
(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

cube bace artikel2 pasal couple and nikah...
or try pilih dari sini..>>~REMAJA & CINTA~
bila rasa dah lebih yakin...cuba discuss el0k2 dengan parents..

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Jika seseorang hamba itu bernikah maka telah menjadi sempurnalah setengah agamanya,
maka bertaqwalah kepada Allah pada setengah yang lainnya. “
dari Anas bin Malik R.A dikeluarkan oleh Al Hakim dan Ath-Thabrani dalam kitab Al Aswath

andai kamu tak pernah terfikir untuk berkahwin..fikirkanlah..
andai kamu aim bertahun2 lagi untuk berkahwin...belajarlah ilmu rumahtangga dari sekarang..
jangan gentar..jangan putus berdoa..yakinlah dengan Tuhanmu dan mintalah pertolongan dariNya..
berkahwinlah..
wallahua'lam.

Satu Petang Bersama Ummi.....

"umi, Nur ada sesuatu nak bagitau umi...." ku dekati ummi yang sedang berehat di bawah pokok di halaman.
perlahan-lahan aku duduk disampingnya.
"ada apa, Nur..? macam penting je.." ucap ummi sambil menatap wajahku penuh kelembutan.
"tentang lamaran tu..... Nur......Nur......" lidahku tiba2 kelu.
"kenapa Nur..? Nur dh dapat jawapnnya? umi xnak Nur buat keputusan terburu2... biar datang dari hati.. berpaksikan Allah.. jangan sebab nafsu..jangan sebab org lain.." tangnku digengamnya erat2. 'Ya Allah...ummi amat memahamiku..'
"Nur mnte maaf..Nur betul2 xdapat nk buat kptasan. hati Nur kuat katakan tidak.. walaupun Nur cuba..tapi Nur xmmpu, umi.." tiba2 aku jadi sebak. pandanganku mula berkaca-kaca. entah kenapa, lamaran ini juga ku tolak. entah yang keberapa, aku benar2 xpasti. hatiku amat menginginkan pernikahan walaupun di usia mudaku ini ramai anak gadis masih belum memikirkan untuk berumahtangga. tapi.., aku belum menemukan lamaran yang bisa membuatkn hatiku tenang..tidak ragu2.
" Nur jgn ssh hati. ummi xnk smue ni ganggu pelajaran Nur. jangan risau.. ummi akan bagitau abi.. lagipn, ad sstu yang ummi xberkenan dgn dia." kata2 ummi menenangkan ku.. alhamdulillah... lepas sudah satu bebanan di benakku. memang kebiasaan bg ummi dan abi akan menilai siapa pn yg datang melamarku. yang dicari adalah imannya..bukan rupa dan harta..itu prinsipku dan juga pencarian ummi dan abi. pasti abi mahu menyerahkanku kepada sseorng yg bisa menjadi imam buatku dan zuriat kami kelak.
kucapai tangan ummi lantas aku menciumnya bertubi2. sungguh aku rasa terharu, tenang, bahagia, sedih, silih berganti. ummi tersenyum sambil mengusap2 kepalaku.
"ummi tau anak ummi..."ucapnya. aku rebah dalam pelukan hangat seorng ibu. kala itu, tanpa sedar, aku memberitahu sstu yang aku rahsiakan dari siapa pn.tentang seornag llki yang melamarku walau tanpa mengenali wajahku. pelik..tapi itu yg brlaku. ku ceritakan juga perihal aku dilamar oleh suami orng dan seorng ustaz yang sememngnya sudah lama diketahui oleh kluargaku. keluarga amat sukakan ustaz. tapi, nth la... aku yg masih dalam dilema.
serik rasanya bila teringat apa yg brlaku dulu..kesakitan yang dialami..gangguan..godaan...fitanh..ugutan.. yaAllah.....terlalu perit...hanya Allah yang Mengetahui..
"ummi tau sayang...ummi kalau bleh nk anak ummi ni punya penjga dan pelindung yang halal..ummi mahukan pedamping yg terbaik tuk Nur. ummi syukur sgt punya anak sekuat dan setabah Nur. Nur...., ummi dh bt kptusan..bnyak sgt Nur tolak. andai dlm masa trdekat ni ad sesiapa yg datang, ummi akan trima siapa pn dia. ummi dah sepakat dgn abi..ummi tak nak Nur mcm ni lg. Ummi tak nak sstu yang buruk berlaku lg. mgkin dari penolakan itu ada yang berkecil hati. Ummi risaukan keselamatan Nur.tambahan pulak Nur jauh...Ummi xnmpak Nur.."
aku tersentak. benarkah apa yg aku dgr dari mulut ummi? ummi akan terima siapa pn yg dtg melamar lepas ini. YA Allah...
"Nur xleh menolak..semue ni demi kebaikan Nur.. ini keputusan abi dan ummi...ummi akan bincang dgn abi." kata2 tegas ummi membuatkan aku terdiam. kebenaran dari kata2 nya membisukanku. benar... aku tahu, ummi dan abi risaukan keselamatanku. mereka pernah lihat ape yg brlaku kepadaku dulu..fitnah..ugutan..sakit...mana ad a haty ibu bapa yang tegar biarkan anaknya trus begitu berulang kali. yaAllah....sungguh aku benar2 sayu. siapa dia nanti.? mampukah aku menerima? walaupun tanpa mengenali? Allahi Rabbi...bantu aku......
"andai yg datang itu kena pd pndgn mata ummi abi, ummi abi redhan akan agama dan akhlaknya, Nur terima....." ucapku..aku tak mampu berkata tidak. memang itu sifatku. menurut asalkn smue untuk kebaikanku. kulihat snyuman terukir di bibir ummi.. 'mungkinkah mereka sudah mmpunyai pilihan buatku?' prtanyaan itu kubiarkan angin bayu mmbawanya pergi. jauh2.
..............................................................................

Aku Inginkan......

"ana masih kuliah.... ana takut tak mampu tuk belanja hantaran dan mas kahwin..." aku tersenyum di sebalik kain yg bertutup di wajah.

"ana tak minta hantaran puluhan ribu ringgit...pinta ana cukup setakat kemampuan akhi..perkahwinan bukan atas dasar hantaran itu..ia hanya adat.. ana tak minta barangan hantaran itu semue...utamakan apa yg wajib.." ucapku. kupandang wajahnya sekilas. ada riak kegusaran di situ.

"tapi...mas kahwin...? berapa yang ukhti mahukan..?" tanyanya. aku memandang umi disebelahku, kemudian ku tatap wajah abi. senyuman dan anggukan abi memberikan aku kekuatan. "katakan padanya, Aisha...itu hak Aisha..." abi bersuara.

suasana hening seketika. semue menantikan jawapan yang keluar dari mulutku. debar di hati hanya Allah yang mengetahui. aku menarik nafas panjang-panjang. dengan lafaz Basmallah, bibirku lancar menyebut : "ana dambakkan Kalamullah sbgai mas khwin ana... "

"alhamdulillah.....terima kasih yaAllah..." dia mengusap wajahnya penuh kesyukuran.terpancar ketenangan di wajahnya. semue yang ada di situ menarik nafas lega. masing-masing tersenyum senang. sedang aku hanya tertunduk malu.

................................................................

sukar mencari situasi sebegini... masih ade ke wanita2 sekarang inginkan perkahwinan yang mudah begini? haty tertanya2..saban hari, kita sering lihat fenomena perkahwinan yg grand. penuh dgn warna warni dan keraian besar-besaran. ada pula yang disertakan dgn muzik yang melalaikan.. ada pula barangn hantaran yang berbalas2 sampai berbelas-belas..disertakan pula dgn wang hantaran puluhan ribu. pakaian pengantin yang ntah berapa helai diganti. pernikahan adalah sstu yg mudah..Islam itu mudah... Islam tak galakkkan pembaziran dlam ap jua keadaan termasuk perkahwinan..
walimatul urus adalah untuk meraikan pengantin dan menghebahkan pernikahan.. bukan pesta pembaziran. dalam Islam, memadai diadakan kenduri secara ala kadar..waimah dengan menumbangkan seekor kambing itu sudah cukup. pakaian pengantin, kenapa perlu penuh dgn labuci-labuci..? mahal-mahal? sarat dgn beraneka accessory? tak perlu mak andam, jurukamera smue..itu membazir...
wang hantaran.....ini juga satu isu bg pasangn yang mahu berkahwin.. ad yg letakkan yang tinggi2... sampai puluhan ribu. membebankan pihak lelaki... cukup lah sekadar kemampuan pihak lelaki..ingat, kita berkahwin bukan tuk hari bersejarah itu saja. tapi untuk selamanya.. segalanya bakal dikongsi bersama. andai semasa berkahwin belanja terlalu banyak sampaikn ada yang sanggup berhutang sana sini, kehidupan lepas khwin bagaimana? takkan masih mahu bergantung pada ibu bapa? kehidupan lepas khwin itu yang harus difikirkan... di mana mahu dibawa si isteri tinggal..,apa yang mahu diberi makan, pakai...  mas kahwin pn mcm tu jgk.... dunia2...masyarakat hanya mahu sanjungan manusia... bukan utamakan pandangan Yang Maha Kuasa...

Redha dan Restu-MU

Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Khadijah untuk Muhammad,
Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Hawa buat Adam,
Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Zulaikha hanya untuk Yusuf,
Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Balqis disamping Sulaiman,
Kerana redha dan restu-Mu jugalah Engkau hadirkan cinta Sarah buat Ibrahim,
Pun begitu aku tidak pula katakan restu cinta-Mu itu tidak hadir untuk Rabiah al-Adawiah untuk turut sama mencintai seorang insan bernama lelaki.
Kerana apa, kerana cintanya itu telah diabadikan hanya untuk-Mu Ya Rabbul ‘Izzati..
Dan juga tidak pernah aku salahkan suratan mengapa cinta-Mu itu tidak hadir hingga disaat akhir Salman al-Farisi mahu menyulam cinta bersama muslimah pilihannya..
Benar kata pujangga, cinta tak bererti memiliki...

Andai keredhaan cinta dari Mu tidak hadir,
Maka jadikanlah aku insan sekuat Rabiah untuk menggalas cinta agung hanya untuk-Mu,
Insan setabah Salman untuk sedia redha menerima ketentuan-Mu Ya Rabbi..

Kekuatan jiwa itu yang pasti, setiap insan cinta itu sudah mesti akan melewati, ketabahan dan kekuatan hanya dari-Mu Tuhan Rabbul ‘Izzati, sentiasa redhaku hingga ku dipanggil mengadap Ilahi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...