Assalamualaikum Warohmatullah.....Ahlan Wasahlan..!!

Thursday 20 December 2012

Kahwin Paksa

Assalamualaikum,

Apabila terbaca satu  status oleh adik Saifudin tentang :

Ada ustazah kata kahwin paksa ni paling2 menangis seminggu kemudian nanti suka juga dengan suaminya... Jangan menafikan kerahmatan dalam islam. Bukakanlah seluas-luasnya khabar kerahmatan dan keadilan di dalam islam !

maka terpanggil untuk mengarang dan berkongsi maklumat dengan sahabat-sahabat semua.

 

Istilah ' kahwin paksa ' ini hanya khusus untuk bakal pengantin wanita sahaja. Sebab dia yang terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga, walaupun mungkin sudah ada pilihan sendiri. Dalam isu ini, mungkin gadis dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sendiri yang memang bertaraf Wali Mujbir.

Bagi pengantin lelaki pula, tidak layak dipanggil kahwin paksa kerana kalau dia sendiri melafazkan " Aku terima nikahnya si fulanah binti fulan , dengan mas kahwin sebanyak RM..... Tunai ", bermakna dia sendiri dah redho dan terima perkahwinan itu. Kalau dia sendiri dah terima, bermakna setujulah tu. Apa yang ada dalam hatinya, Wallahua'lam.

Bagaimana pun, ada beberapa khilaf dan pendapat ulama mengikut mazhab. Dan isu ini telah dibahaskan oleh fuqaha’ sejak dahulu lagi. Perbahasan mereka dapat diikuti dalam kitab-kitab fiqh pelbagai mazhab. Perbahasan yang dilakukan meliputi segenap aspek yang berkaitan dengan perwalian (wilayah) dalam urusan perkahwinan seperti siapa yang layak menjadi wali, hak dan tanggungjawab wali, susunan wali, jenis-jenis wali dan lain-lain. 

Pertama: Mazhab Syafie.

Dalil yang dipegang ialah sabda Rasulullah yang bermaksud: “Wanita yang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya. Dara pula dinikahkan oleh ayahnya”. [ Ad-Daru Qutniy ]

Walau bagaimanapun, keharusan ini dengan bersyarat, iaitu,

1- Wali yang menikahkan itu ayah kandung kepada gadis tersebut atau datuknya. Wali yang lain daripada kedua-duanya tidak boleh menikahkannya tanpa izin daripadanya. 2- Tidak ada permusuhan yang nyata dan ketara antara kedua-duanya (ayah dengan anak yang dinikahkan itu)

3- Lelaki yang dipilih oleh wali sekufu atau sepadan dengan anaknya.

4- Mahar yang ditetapkan tidak lebih rendah daripada wanita lain yang sama taraf serta kedudukan dengan gadis tersebut. Sekiranya mahar dalam bentuk wang, ia mestilah dengan mata wang tempatan.

5- Lelaki yang dinikahkan dengan anaknya mestilah mampu membayar maharnya.

6- Lelaki yang dinikahkan itu bukan terdiri daripada orang yang menyusahkan gadis tersebut seperti orang buta, kurang upaya atau terlalu tua.

7- Ketika pernikahan dilakukan, gadis tersebut tidak termasuk dalam golongan mereka yang telah diwajibkan haji ke atasnya (sihat, mempunyai perbelanjaan yang cukup, aman perjalanan dan ditemani mahram).

Syarat-syarat di atas, sebahagiannya adalah syarat sah nikah dan sebahagiannya syarat mengharuskan pernikahan dilakukan. Syarat 1, 2 dan 5 adalah syarat sah. Sekiranya wali menikahkan anaknya tanpa syarat tersebut maka pernikahan itu tidak sah.

Kedua: Mazhab Hambali

Menurut Ibn Qudamah, ada dua riwayat daripada Imam Ahmad, satu riwayat menyebut bahawa wali harus menikahkan anak gadis yang sudah baligh tanpa izinnya dan riwayat kedua mengatakan tidak harus. Riwayat yang mengatakan harus berpegang kepada hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: “Janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, manakala anak dara diminta izin daripadanya. Dan keizinannya ialah diamnya.” [ Muslim dan Abu Daud ].

Menurut pendapat ini, wali yang boleh menikahkan seseorang gadis tanpa izinnya adalah ayah kandung kepada gadis itu atau penerima wasiatnya (wasi). Selain mereka berdua adalah tidak harus, hatta datuk atau bapa saudaranya. Dan disunatkan bagi wali meminta izin daripada anak gadis yang ingin dinikahkan sejajar dengan saranan Rasulullah dalam hadis di atas. 

Di samping itu, disunatkan juga meminta pandangan ibu gadis tersebut kerana rapatnya hubungan antara ibu dengan anak perempuannya, dan ibu juga sama dengan ayah dari segi memikirkan jodoh serta kebahagiaan rumah tangga anaknya. Dengan cara itu, hak ibu tidak diketepikan dan hatinya akan lebih bahagia. 

Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya), “Mintalah pandangan kaum wanita tentang anak-anak perempuan mereka.” [ Riwayat Abu Daud ]. Sekiranya gadis tersebut sudah mempunyai pilihan sendiri yang sekufu dengannya, maka pilihannya diutamakan. Imam Ahmad berkata, pernikahan adalah hak peribadinya yang khusus. Maka wali atau wasi (penerima wasiat) tidak wajar memaksa gadis berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Sekiranya wali enggan menikahkan anaknya yang berusia sembilan tahun (yang sudah baligh dan berakal) atau lebih dengan lelaki pilihannya, maka wali dianggap ‘adhil (ingkar) dan gugur haknya sebagai wali. Jika berlaku berulang kali, maka dia menjadi fasiq.

Ketiga: Mazhab Maliki

Seorang ayah yang siuman dan matang harus menikahkan anak gadisnya yang baligh dan berakal walaupun dengan mahar yang kurang daripada yang sepatutnya atau yang sepadan dengannya. Contohnya, jika mahar yang sepadan dengannya (mahar mithil) adalah satu pikul emas, tetapi wali menikahkannya dengan mahar satu suku dinar, ia tetap sah. 

Wali harus menikahkan anaknya dengan lelaki yang lebih rendah tarafnya atau yang buruk rupanya atau lelaki yang tidak disukainya, sama ada anaknya memberi izin atau tidak selama mana anaknya itu masih dara walaupun usianya sudah lanjut dan telah menjangkau 60 tahun. Namun begitu sekiranya anak dara itu seorang yang dilihat matang oleh wali dan dia memberinya kebebasan untuk memilih, maka dalam keadaan ini wali tidak harus memaksanya. Wali tidak harus menikahkannya tanpa keizinan yang jelas daripada anaknya.

Perlu disebutkan bahawa keharusan memaksa hanya ketika pada kebiasaannya tidak timbul mudarat yang ketara dengan sebab perkahwinan itu. Sekiranya perkahwinan itu boleh membawa mudarat seperti dikahwinkan dengan lelaki yang cacat, gila, mati pucuk dan seumpamanya, maka tiada hak bagi wali memaksa anaknya.

Hak untuk memaksa ini hanya khusus bagi ayah dan wasi sahaja, dan tidak harus bagi selain kedua-duanya.

Keempat: Mazhab Hanafi

Wali, sama ada ayah atau selainnya tidak berhak langsung menikahkan seorang gadis yang telah baligh dan berakal kerana gadis itu telah menjadi seorang mukallaf yang bertanggungjawab penuh ke atas dirinya dalam melaksanakan tuntutan hukum syarak. Dia berhak mengendalikan sendiri urusan peribadinya. 

Tiada seorang pun yang boleh menguasainya dan memaksanya. Dia juga boleh menikahkan dirinya sendiri tanpa perlu mendapat keizinan walinya atau menyerahkan kepada wali melaksanakan akad nikah bagi pihak dirinya. Dia harus mengakad nikah dirinya sendiri, tidak kira sama ada lelaki itu sekufu dengannya atau tidak, dan dengan mahar yang sepadan atau tidak. 

Dia berhak sepenuhnya mengendalikan urusan dirinya. Tiada seorang pun yang berhak menghalangnya. Antara nas yang menjadi dalil mazhab Hanafi ialah peristiwa yang diceritakan oleh Ibn Abbas bahawa seorang gadis menemui Rasulullah menyatakan bahawa ayahnya telah menikahkannya sedangkan dia tidak suka. Maka baginda memberinya hak untuk memilih sama ada ingin memfasakh pernikahan itu atau tidak. 

Nasihat peribadi saya, kalaulah ada di luar sana pasangan yang pernah melalui situasi kahwin paksa ini, tetapi ternyata pernikahan itu diuruskan menurut prosedurnya yang sah dan dikendalikan oleh Jurunikah yang bertauliah, bererti pernikahan itu sah dan mereka memang bergelar suami isteri. Tapi, soal hati tiada siapalah yang tahu. Walau pengantin lelaki cuba juga menerima si isteri dengan rela hati, tetapi rasa cinta, kasih dan mahabbah itu, tetap juga tidak wujud, maka pada pandangan saya, wajarlah si suami itu melepaskan isterinya itu dengan cara yang terbaik. 

Jangan diseksa perasaan dan jiwa si isteri dengan tindakan-tindakan yang tidak diizinkan syara'. Anjuran saya ini berdasarkan firman Allah, “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [ Al-Baqarah: 229 ] 

Wallahhua'lam.. 

Wednesday 12 December 2012

Engkau Pilihan ALLAH Buatku..

Alhamdulillah... syukur sangat2.. Allah sentiasa hadirkan insan-insan tersayang di sisi.. coretan ini special untuk EN.TUNANG tersayang... semoga Allah merahmati ikatan ini.. Aamiin...



Nur TIDAK SEMPURNA,
Abang juga tidak sempurna..

KETIDAKSEMPURNAAN ini yang menjadi pelengkap antara kita..
Hanya ALLAH SWT yang Maha Sempurna..
yang BERHAK menilai diri kita...

Kadangkala yang terindah bukanlah yang terbaik,
yang sempurna tidak selalu menjanjikan kebahagiaan..

tapi jika kita menerima kekurangan menjadi KELEBIHAN,
itulah KESEMPURNAAN yang sebenarnya..♥


Demi Allah..bukan Nur memilih abg sbgai teman hidup..bukan juga ummi dan abi.. tapi.., yg memilih abg tuk Nur adalah Allah... abg PILIHAN Allah buat Nur....Alhamdulillah...

~Sebagai manusia...., NUR SAYANGKAN ABG....

Qurratunnada - Cinta Agung

assalamualaikum
moga kalian sihat hendakNYA..
alhamdulillah.. dapat lagi saya meng"update"kan
blog saya.so layan lagu jer laaa
okey ni lagu kump, nasyid Quratunnada salah satu group nasyid
suatu ketika dahulu.. moh layan lagu neh.. :)
my peberet masa sekolah menengah sampai sekarang x jemu..
hayati liriknya.. insyaAllah beroleh manfaat..

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...