Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah...hari terakhir di tahun 2011.. beberapa jam sahaja lagi akan masuk tahun baru, 2012... masyaAllah, cepatnya masa berlalu. Esok, harus sambut Tahun Baru di medan peperangan peperiksaan dgn 2 paper.. ^_^ Tertanya-tanya, adakah tahun 2011 sudah dicukupkan segalanya? adakah hutang piutang dengan Allah dan manusia sudah terlangsai? sudahkah segala perancangan, azam 2011 terlaksana..? 2012 tak akan menunggu kita. mahu atau tidak, ia tetap akan menjelma. menampakkan dirinya dalam kehidupan kita..masa...Demi Masa....
Detik 2012..waktu ini jalan penuh sesak menghala ke ibu kota. ornag berpusu-pusu nak meraikan detik 1 JANUARI 2012. Pusat-pusat hiburan dibanjiri manusia. Arak dihidangkan sebagai pembuka acara. Pusat-pusat pelacuran ibarat ada pesta malam ini.. apa lagi bagi pemilik hotel-hotel murahan. Pasti untung besar. tersenyum lebar, walhal yang rosak itu anak bangsa sendiri.Anak-anak gadis, teruna dara kini sibuk berdandan. Niat untuk keluar meraikan Tahun Baru.. ibaratnya, tahun baru ni seperti kemenangan besar. harus dirai.. sedangkan, sebagai umat Islam, tahun baru kita Awal Muharram... itu selayaknya dirai penuh kesyukuran..
![]() |
Malam Tahun Baru |
Aduhai ayah, aduhai ibu, aduhai abang, kakak dan adik.....
Perhatikan ornag terdekatmu. jangan dibiarkan sahaja mereka keluar, pergi dengan kekasih hati, waimah kawan sekalipun dengan niat untuk meraikan Tahun Baru. berpakaian yang tidak selayaknya dinamakan pakaian, bermake up dan berdandan cantik ibarat menghadiri anugerah hiburan. apa kata, seusai berjemaah, satu keluarga duduk berhalaqah. sama-sama bertasbih memujiNYA...kerana DIA, kita semue masih bernafas, dapat menghirup udara 2012.. alangkah manis, si ayah mengepalai tazkirah, diikuti dengan bertadarus, soalt hajat bersama.. indah.....manis....bermakna.....
Esok, 1 Januari 2012..
Akan terpampang di dada-dada akhbar, di kaca televisyen dan di corong radio berita-berita ditangkap khalwat, penemuan kondom dan botol-botol arak di tapak pesta keraian Countdown 2012.. akan ada berita-berita pergaduhan di jalan raya dan pusat hiburan, akan ada berita-berita sampah sarap di jalan-jalan raya..., akann ada 1001 berita tersiar seperti tahun-tahun lepas. Mana tanggungjawab kita?? Hanya berpeluk tubuh, memekakkan telinga, membutakan hati...?? alasanya, 'ahh, bukan keluarga aku pun....buat apa aku nak ambil peduli...!'
senangnya.....walau bukan ahli keluarga kita, tetap menjadi tanggungjawab bersama. kita hidup bukan berseorngan, tapi komuniti. harus pasang telinga, harus waspada.. cuba kalau ahli keluarga kita yang terjebak..dan orang luar katakan begitu. apa perasaan kita...?? sakit? marah?? kecewa??
Ingat lah.... masa yang ada, usah kita persiakan.. detik terakhir 2011 penuhi dengan sebaiknya. usah cemari 2012 dengan diary hidup yang hitam dan kelam. Pelihara sebaiknya.. Biar makin bertambah tahun menginjak, bertambah putih berseri diri dan kehidupan..
Masa tak pernah menunggu kita..kejarlah ia..bimbang ia tak akan menemui kita..
Teringat kata-kata ayahanda... "dah di qada' hutang-hutang yang lepas....?" ini yang perlu kita ambil berat. kata ayahanda, hutang paling utama, solat...kerana solat adalah yang pertama akan dihisab kelak. Allah...rindu pada ayahanda kala ini... :'(
semoga kita semue dilindungi olehnya..insya Allah..