Assalamualaikum Warohmatullah.....Ahlan Wasahlan..!!

Tuesday, 1 May 2012

Aku Inginkan......

"ana masih kuliah.... ana takut tak mampu tuk belanja hantaran dan mas kahwin..." aku tersenyum di sebalik kain yg bertutup di wajah.

"ana tak minta hantaran puluhan ribu ringgit...pinta ana cukup setakat kemampuan akhi..perkahwinan bukan atas dasar hantaran itu..ia hanya adat.. ana tak minta barangan hantaran itu semue...utamakan apa yg wajib.." ucapku. kupandang wajahnya sekilas. ada riak kegusaran di situ.

"tapi...mas kahwin...? berapa yang ukhti mahukan..?" tanyanya. aku memandang umi disebelahku, kemudian ku tatap wajah abi. senyuman dan anggukan abi memberikan aku kekuatan. "katakan padanya, Aisha...itu hak Aisha..." abi bersuara.

suasana hening seketika. semue menantikan jawapan yang keluar dari mulutku. debar di hati hanya Allah yang mengetahui. aku menarik nafas panjang-panjang. dengan lafaz Basmallah, bibirku lancar menyebut : "ana dambakkan Kalamullah sbgai mas khwin ana... "

"alhamdulillah.....terima kasih yaAllah..." dia mengusap wajahnya penuh kesyukuran.terpancar ketenangan di wajahnya. semue yang ada di situ menarik nafas lega. masing-masing tersenyum senang. sedang aku hanya tertunduk malu.

................................................................

sukar mencari situasi sebegini... masih ade ke wanita2 sekarang inginkan perkahwinan yang mudah begini? haty tertanya2..saban hari, kita sering lihat fenomena perkahwinan yg grand. penuh dgn warna warni dan keraian besar-besaran. ada pula yang disertakan dgn muzik yang melalaikan.. ada pula barangn hantaran yang berbalas2 sampai berbelas-belas..disertakan pula dgn wang hantaran puluhan ribu. pakaian pengantin yang ntah berapa helai diganti. pernikahan adalah sstu yg mudah..Islam itu mudah... Islam tak galakkkan pembaziran dlam ap jua keadaan termasuk perkahwinan..
walimatul urus adalah untuk meraikan pengantin dan menghebahkan pernikahan.. bukan pesta pembaziran. dalam Islam, memadai diadakan kenduri secara ala kadar..waimah dengan menumbangkan seekor kambing itu sudah cukup. pakaian pengantin, kenapa perlu penuh dgn labuci-labuci..? mahal-mahal? sarat dgn beraneka accessory? tak perlu mak andam, jurukamera smue..itu membazir...
wang hantaran.....ini juga satu isu bg pasangn yang mahu berkahwin.. ad yg letakkan yang tinggi2... sampai puluhan ribu. membebankan pihak lelaki... cukup lah sekadar kemampuan pihak lelaki..ingat, kita berkahwin bukan tuk hari bersejarah itu saja. tapi untuk selamanya.. segalanya bakal dikongsi bersama. andai semasa berkahwin belanja terlalu banyak sampaikn ada yang sanggup berhutang sana sini, kehidupan lepas khwin bagaimana? takkan masih mahu bergantung pada ibu bapa? kehidupan lepas khwin itu yang harus difikirkan... di mana mahu dibawa si isteri tinggal..,apa yang mahu diberi makan, pakai...  mas kahwin pn mcm tu jgk.... dunia2...masyarakat hanya mahu sanjungan manusia... bukan utamakan pandangan Yang Maha Kuasa...

Redha dan Restu-MU

Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Khadijah untuk Muhammad,
Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Hawa buat Adam,
Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Zulaikha hanya untuk Yusuf,
Kerana redha dan restu-Mu, Engkau hadirkan cinta Balqis disamping Sulaiman,
Kerana redha dan restu-Mu jugalah Engkau hadirkan cinta Sarah buat Ibrahim,
Pun begitu aku tidak pula katakan restu cinta-Mu itu tidak hadir untuk Rabiah al-Adawiah untuk turut sama mencintai seorang insan bernama lelaki.
Kerana apa, kerana cintanya itu telah diabadikan hanya untuk-Mu Ya Rabbul ‘Izzati..
Dan juga tidak pernah aku salahkan suratan mengapa cinta-Mu itu tidak hadir hingga disaat akhir Salman al-Farisi mahu menyulam cinta bersama muslimah pilihannya..
Benar kata pujangga, cinta tak bererti memiliki...

Andai keredhaan cinta dari Mu tidak hadir,
Maka jadikanlah aku insan sekuat Rabiah untuk menggalas cinta agung hanya untuk-Mu,
Insan setabah Salman untuk sedia redha menerima ketentuan-Mu Ya Rabbi..

Kekuatan jiwa itu yang pasti, setiap insan cinta itu sudah mesti akan melewati, ketabahan dan kekuatan hanya dari-Mu Tuhan Rabbul ‘Izzati, sentiasa redhaku hingga ku dipanggil mengadap Ilahi..

Friday, 24 February 2012

Kasihmu...

Ringggggg!!!! Loceng menandakan waktu kelas pada hari ini tamat berbunyi nyaring. Suasana tiba-tiba menjadi riuh rendah dengan suara pelajar yang bersorak riang. Masing-masing sibuk mengemaskan meja dan beg, bersedia untuk pulang. Kelasku juga tidak kurang hebat gamatnya. Semua cepat-cepat mengemaskan beg masing-masing. Cikgu Balqis di hadapan kelas seolah-olah tidak wujud bagi mereka. Aku lambat-lambat menyusun buku-buku sebelum aku masukkan ke dalam beg. Selesai memberi ucapan selamat pulang dan salam kepada Cikgu Balqis, rakan-rakan sekelasku, iaitu Tahun 5 Cemerlang begegas keluar. Aku hanya memerhatikan sambil duduk di atas kerusiku semula. Suasana kemudiannya jadi sepi. Semua pelajar sudah pulang, samaada dijemput ahli keluarga, menaiki bas dan pulang sendiri. Tika itu, fikiranku tiba- tiba teringatkan ibu di rumah. Pagi tadi, ibu batuk-batuk. Langsung tidak dapat bangun dari tikar mengkuang yang menjadi alas tidur aku dan ibu. Aku berkeras tidak mahu ke sekolah pagi ini, tapi ibu melarang aku berbuat demikian. Teringat aku pada renungan mata ibu yang berkaca-kaca saat aku menyalami dan mencium pipinya sebelum berangkat ke sekolah. Mengingatkan itu, hatiku jadi tidak keruan. Lantas aku mencapai beg, berlari-lari anak menghampiri pintu pagar sekolah.

Aku hanya anak yatim. Lahirku di dunia tanpa sempat menatap dan merasai kasih sayang seorang ayah. Menurut ibu, ayah meninggal dunia ditelan arus laut ketika keluar menangkap ikan. Dua hari ayah hilang di laut sebelum dijumpai oleh nelayan lain. Waktu itu, aku berusia 5 bulan dalam kandungan ibu. Pada ibu lah aku menumpang kasih seorang ibu dan ayah. Hatiku dipagut rasa cemburu melihat rakan-rakan sebayaku sering dihantar dan dijemput ke sekolah. Sedangkan aku, hanya menggunakan kudrat kakiku melangkah ke sekolah, terpaksa aku melalui denai yang berlopak, becak dan semak samun. Rumahku agak jauh dari sekolah. Hampir 40 minit untuk aku berjalan ke sekolah. Hidup sebagai anak pembuat kuih yang serba daif tidak menjadikan aku seorang insan yang tidak berpelajaran. Ibu berusaha keras membanting tulang mencari wang bagi membiayai persekolahanku. Mujur ada Pak Mail yang merupakan adik arwah ayah sering menolong. Kepada dialah tempatku menumpang kasih. Pak Mail juga bukanlah orang berada, namun, kehidupannya jauh lebih baik dariku. Kadang-kadang, aku cemburu pada anak-anak Pak Mail yang merupakan sepupuku. Mereka hidup lebih baik dariku yang malang ini. Tiada berbapa, hidup yang serba kedaifan.

“Aduhhh!!!’ tanpa disengajakan, aku tersepak tunggul kayu sehingga jatuh tersembam. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Cepat-cepat aku bangun. “yaAllah...., darah....” kataku tatkala mataku melihat lututku yang luka dan berdarah. Patutlah sakit yang teramat sangat, rupa-rupanya aku terjatuh di atas batu yang banyak dan tajam-tajam. Tanpa aku sedari, air mataku sudah jatuh di pipi. Aku buka beg dan mencari-cari sapu tangan. Ku sapu darah yang mengalir dan kuikat sapu tangan di lutut bagi mengelakkan darah terus mengalir. Baju lusuhku sudah kotor dengan tanah. Kasutku yang terkoyak di hadapan hingga menampakkan jari kaki kupandang sepi. Perlahan-lahan aku mengatur langkah kembali.  Ingin sekali aku cepat-cepat sampai di rumah. Wajah ibu sudah bermain-main di mata. Doaku, agar ibu sudah sembuh.

Dari kejauhan, dapat kulihat atap rumbia rumahku. Makin laju kaki kulangkah. Aku harus cepat sampai. Tidak sabar rasanya ingin menemui ibu tersayang. Terbayang-bayang wajah bersih ibu. Walaupun di dahi ibu dapat kulihat urat-urat dan kedutan, tetapi bagiku, ibu tetap paling cantik. Langkahku makin kupercepatkan. Kulihat ada ramai orang dirumahku. Semuanya berbaju kurung, bertudung dan berkopiah. Langkah kaki makin laju. Perasaanku menjadi kurang enak. ‘Apa dah jadi pada ibu? Siapa yang datang? Kenapa ramai orang di rumahku? Ada kendurikah?’ persoalan demi persoalan menerjah di mindaku. Aku disambut oleh Pak Mail di halaman rumah. Wajahnya tampak kesedihan. “Kenapa Pak Cik? Kenapa ramai orang? Siapa yang datang? Ibu mana, pak cik?? “ tanyaku sambil mata mencari-cari kelibat ibu. Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi orang sedang mengaji. Aku cuba amati suara bacaan beramai-ramai itu. Aku kenal surah yang dibaca mereka. Itu surah Yassin. Surah yang ibu ajarkan dan memintaku menghafalnya.

Hatiku makin tidak sedap. Aku berlari- lari anak menuju rumah yang selayaknyan dipanggil pondok buruk sambil memanggil-manggil nama ibu. Cepat-cepat kutanggalkan kasut dan bergegas memanjat anak tangga rumah. Beg sekolah sudah kucampakkan ke halaman rumah sebelum aku berlari naik ke rumah tadi. Tindakan yang tidak aku sedar saat itu. Mataku tiba-tiba terpaku pada sekujur tubuh diututupi kain batik di tengah rumah. Langkahku jadi terhenti. Ada ramai yang mengelilingi ‘orang’ yang terbujur kaku di tengah rumah. Dalam ramai-ramai itu, aku mencari-cari wajah ibu. Tapi hampa. Semua mata yang berada di situ memandang tepat ke arahku. Masing-masing kelu. Aku gagahi diri melangkah ke tengah rumah sebelum duduk bersebelahan ‘orang’ yang sedang ‘tidur’ itu. Di hadapanku, ku lihat Mak Cik Kalsom, isteri Pak Mail. Matanya bengkak dan basah. Dia menggeleng-gelengkan kepala bila aku memandangnya. Aku gagahi diri menarik kain batik yang menutupi wajah ‘orang’ yang sedang ‘tidur’ itu. Tubuhku menggeletar saat kupandang ‘orang’ yang ‘tidur’ itu adalah ibu! Aku jadi bingung. Pandanganku tiba-tiba jadi kabur sebelum menjadi kelam. Gelap. Aku terjelopok rebah di sisi ibu.

Sedar sahaja dari pengsan, aku lihat Mak Cik Kalsom berada di sisiku sambil tangannya mengusap-usap rambut panjangku. “Ibu mana, mak cik?? Apa dah jadi pada ibu? Nia nak jumpa ibu...”rintihku . Aku cuba bangun, tetapi kepalaku jadi berat tiba-tiba. Mak Cik Kalsom membantuku baring kembali. Dipeluknya aku erat-erat.  Menurutnya, ibu jatuh di telaga ketika mengambil air pagi tadi. Pak Mail dan Mak Cik Kalsom yang kebetulan mahu ke rumah menjumpainya. Tika itu, ibu sudah nazak. Sejurus selepas itu, ibu menghembuskan nafas yang terakhir di ribaan Mak Cik Kalsom. 



Air mataku mengalir laju. Esakkanku tambah kuat. “Nia nak jumpa ibu.. Ibu tak boleh tinggalkan Nia sendiri. Nia perlukan ibu...” Aku cuba bangun. Mak Cik Kalsom memimpinku menghampiri jenazah ibu yang siap dikafankan. Air mata kuseka agar tidak tumpah ke muka bersih ibu. Senduku cuba kutahan. Kutatap wajah ibu. Kusentuh muka ibu yang sejuk. Air mata yang kutahan tumpah lagi. Kuseka lagi. Aku tunduk mencium pipi kiri dan kanan ibu. Kukucup dahinya lama. Kemudian ku bisikkan di telinga ibu menyatakan aku teramat sayangkan ibu. ‘Sampai bila-bila Nia akan sayang ibu’, bisikku. Kurangkul tubuh ibu erat seolah-olah tidak mahu kulepaskan. Esakkanku bergema lagi. Semua yang menyaksikan turut sama mengesat air mata. Sentuhan lembut Mak Cik Kalsom di bahu membuatkan aku melepaskan rangkulan pada ibu. Kupeluk Mak Cik Kalsom sambil menangis sedu-sedan. Jenazah ibu kemudiannya disempurnakan petang itu juga selepas solat asar.  Aku kini tidak lagi dikenali sebagai anak yatim, tetapi yatim piatu. Tiada lagi tempatku untuk curahkan rasa kasih dan sayang. Tiada lagi sentuhan dan belaian dari seorang ibu. Tugasku kini adalah mendoakan kesejahteraan ibu di alam sana. ‘ibu..., Nia sayangkan ibu.... Nia rindu ibu.........rindu........’





-dienyhani~ 1.25 p.m
2/2/2012- Thu-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...