Assalamualaikum Warohmatullah.....Ahlan Wasahlan..!!

Wednesday 30 November 2011

Permata Buat Bakal Suami



Bismillahirrahmanirrahim.......


Wahai Adam...,
luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Perlu diluruskan agar selamaya tidak bengkok.. Namun jangan kau memaksanya untuk lurus, kelak ianya bisa patah..Didiklah mereka dengan panduan dariNYA..Jangan kau cuba jinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan..,kerana mereka akan semakin derita.. Kenalkan mereka kepada Allah.., Zat yang Kekal. Di situlah punca kekuatan dunia...






izinkan yaAllah agar aku menjadi permata..,
tetap menyinar walau di lumpur hina..,
tetap beharga walau di mana saja..,
buat ummah dan juga keluarga.
izinkan aku menjadi seindah mawar berduri,
yang menjadi impian setiap muslimah..,
yang indahnya bukan untuk lelaki..,
tapi permata untuk yang bernama suami..


Amin Allahumma Amin......



Tuesday 29 November 2011

Cerpen Cinta 1



"Assalamualaikum wbt... Hawa, Selamat Pagi! Semoga kamu akan sentiasa dirahmatiNya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea... Amin... - (Adam) -”

Aku mencapai telefon tanganku dan membelek-belek SMS ucapan selamat pg yg d terima td. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa en Adam hanya mengirimkan SMS kali ini? Jika tidak, aku yg byk sms pd dia... Ish, hati mula berdebar2... tak mungkinlah dia akan... ermmm...

Aku teringat ketika dia ke kmpungku di Utara tanah air... Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui SMS d hp dan Facebook. Dan ketika itu, aku masih di kampung 2 hari sebelum beraya... aku takut dia tahu akan perasaan ku pd nya selama ini tp aku masih memendam dan biar ia terus berlalu... bila dia kata pd ku yg dia telah tiba di nibong tebal hati ku menjadi sungguh gembira seolah2 mahu berjumpa dgn nya skrg juga... dlm hati ku berkata adakah dia benar2 di nibong tebal? seolah2 aku tidak percaya... aku sengaja mengujinya dgn bertanya adakah cuaca di sana hujan atau tidak? dan dia berkata

"ya sini hujan rintik2 dan tmpt sendiri x kn x tahu"...

Ya Allah... benar... dia di kampungku... Ya Allah... Gembira hatiku x terkata... lantas aku terus ckp pdnya yg aku ingin memberi sesuatu kepadanya sebagai tanda buah tgn dr ku... dia bersetuju... Alhamdulillah... aku lantas mendapatkan ummi ku dan aku meminta izin dr nya untuk keluar sebentar... aku dah x sabar mahu berjumpa dgn org yg aku tidak pernah aku jumpa... dan selama ini hanya melihat dan kenal dia melalui post2nya di group sahaja... setelah aku siap berdandan dan mengenakan baju dan tudung berwarna hitam aku bersiap ke parit buntar seperti yg telah dijanjikan... Rasa malu bila aku bertemu kali pertama dgn nya... aku dtg menyapanya apabila dia berkata pd ku yg dia sedang duduk di 1 sudut bacaan...

"Assalamualaikum... Adam?"

dia menjawab "yer sy..." ,

tersenyum di dalam hati...

"Jom pergi minum2 sambil berbual" .
aku terdiam seketika... tidak berani mahu menyapanya kami diam dan tidak berbicara... suaranya aku dengar sgt merdu... lembut dan sgt menyejukkan hatiku... tiba2 en Adam mengajukan 1 soalan pd ku

“Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?”

en Adam menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman... Aku tergamam sekejap... Hurmmm... Agak menduga, tapi ’simple’ saja...

“Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat dgn elok... Sampai waktu solat, kita solat... Erm… Islamik la pendek cerita!.”“Hmmm...” En Adam hanya mengangguk-angguk.

“Dalam Islam ada ke macam ni?” En Adam menduga lagi...

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah!

“Ehhh... tukar topik jer lah."Saja je saya tanya…” En Adam cuba menyedapkan hati."oh ye nie ade hadiah untuk awk..."

"Terima Kasih... dan ini untuk awk kueh yg sy buat dan tidak seberapa..." sambil di dalam hati ku tersenyum...

Tidak lama selepas itu En Adam pulang semula ke kelantan untuk pulang berhari rayer... sejak dr hari itu kami menjadi semakin rapat... dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan hal sebenar dan tujuan dia dtg ke parit buntar. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja walaupun sebelum ini kami sgt akrab d msg dan aku sgt rindu pd msg2nya. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian DIA akan jaga hubungan kita.’

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan selamat pg itu. 'Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor En Adam yang terpapar.

“Esok free tak? Boleh kita chatting?”“Boleh… Saya free je.” jawab aku ringkas.

Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk sapa aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia sudah semakin sayang padaku.

“Ok.Tq…” balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online. ‘Tuk. Tuk. Tuk..’ En Adam has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya…

Adam: assalamualaikum wbt.

Hawa: waalaikummusalam…

Adam: apa khabar? sihat? iman baik?

Hawa: Alhamdulillah… sihat2...=) awak?

Adam: Alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni… tp takpe sy dapat mengawalnya dgn baik, ok je semua... hurm… study macam mana?

Hawa: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Adam: takpe, study rajin2 ye... hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya… hurm…

Hawa: apa dia? tanya la… sila2...

Adam: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Hawa: ermmm… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… heeee tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan? so, statusnya kawan je la…

Adam: hurmmm…

Hawa: ehhh, tak betul ke?

Adam: hurmmm... ni opinion je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2... atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima...

(Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…)

Hawa: jadi…???

Adam: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah seketika… sbb... errr... sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru… benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku… walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’… huhhh… saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat… kononnya Islamik… saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik… saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh...hurmmm… jadi, saya rasa kita harus berpisah sementara sehingga yg HALAL akan dtg menyatukan kita… demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi… sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat… dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…InsyaAllah andai awk adalah jodoh sy, awk pasti akan menjadi isteri sy... Assalamualaikum...

(Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang... Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membasahi meja... Sedikit terpercik pada keyboard laptop... Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini... Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata... Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada... Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut... Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh En Adam itu... Di saat ini, hanya Allah SWT yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini... Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan... Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah SWT…

"ya ALLAH ya tuhan ku, yang maha pengasih lagi maha penyayang. aku memohon kepada mu ya ALLAH, jika ini adalah suami yang terbaik untukku ya ALLAH, engkau satukanlah hati kami, engkau rahmatilah rumah tangga kami dengan keimanan dan engkau curahkab lah rahmatmu keatas diri kami, keluarga kami, muslimin dan muslimat seluruhnya. aku berserah ke atas mu ya ALLAH, sesungguhnya ya ALLAH, engkaulah yang maha melihat dan mengetahui. amin, amin, amin ya rabbal alamin.."

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah SWT dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Hawa: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah… moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga... waalaikummusalam wbt... (Signed out)

Aku merasakan hubungan 1 mggu yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah... Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

“Sayang… Cepat turun ni... kita dah lambat nak ke rumah saudara-mara abg"
Tiba2 aku terdengar sahutan Suamiku... Muhammad Adam... Ya dia lah suamiku yg tercinta... Berkat kesabaran yg kami tanggung sewaktu perkenalan yg manis akhirnya kami d satukan dengan 1 ikatan yg sgt HALAL di sisi Allah SWT... Allah SWT tidak akan membiarkan hambanya yg yg telah bersabar itu tidak mendapat ganjaran dr pd NYA... sabar itu separuh dr pd iman... dan kami telah memelihara keimanan kami berdua hingga kami telah sah di 1 kan bergelar suami isteri... Alhamdulillah...

"Saat yg manis ini sy x akan lupakan hingga ke akhir hayat sy, sy CINTA hanya abg seorg... abg lah BIDADARA sy..."

Suamiku menatap ke arahku dan mecium mesra dahi ku.... terasa keindahan bercinta selepas pernikahan dan CINTA yg HALAL d sisi NYA...Allahu Akbar!!!

"lelaki baik untuk wanita yg baik"




kasih seorang 'malaikat' dunia bergelar IBU....



Imam Sajjad as berkata,
“Perhatikan hal-hal berikut menyangkut perihal ibu kamu. Ia mengandungkan kamu untuk jangka waktu kurang lebih sembilan bulan dalam kandungannya, dan tidak ada orang lain yang dapat melakukannya (selain seorang ibu). Ia menunjukkan cintanya kepada kamu, tidak ada orang lain yang dapat melakukannya. Ia melindungi kamu dengan seluruh kemampuannya, memberi makan kamu sedangkan ia sendiri lapar, memberi kamu minum sedangkan ia sendiri kehausan. Ia memberi kamu pakaian, dan ia tidak peduli dengan kondisi pakaiannya sendiri. Ia merasakan udara panas, namun ia melindungi kamu dari panas. Ia tetap mengawasi kamu di malam hari, dan melindungi kamu pada setiap keadaan. Kamu tidak mungkin mampu berterima kasih padanya untuk semua yang telah ia lakukan jika Allah tidak menolong kamu.”
(Biharul Anwar, jilid 14, hal.6)


sedalam manakah rasa kasih dan sayang kita kepada ibu..?
adakah melebihi dalamnya cinta kita kepada insan lain yang sememangnya tiada pertalian darah..??
adakah melebihi sayang dan kasih kepada seseorang yang bergelar KEKASIH???
hairan....,
masih ramai yang melebihi dalam menyayangi orang luar (kekasih) daripada IBU yang mengandungkan, melahirkan, mendidik, memimpin kita ketika kita jalan dan jatuh untuk bangun semula...
ada pula yang sanggup membelakangkan keluarga, lebih-lebih lagi seorang IBU..,
lari dari rumah, ikut kekasih yang entah siapa, yang belum pun kenal hati budinya seperti kita mengenali IBU..

yaAllah....,sesungguhnya, manusia kini semakin lemah....
hilang segala kesopanan, kelembutan, kasih sayang yang sejati yang sepatutnya meletakkan ALLAH sebagai CINTA TERTINGGI..
juga buat IBU yang setia....
redha ALLAH terletak pada keredhaan IBU AYAH...

IBU, 
anak gadismu ini sesungguhnya terlalu MENYAYANGIMU...,
tiada engkau, maka tiadalah diriku..
biar segunung emas ditawarkan padaku, 
namun tidak akan aku tinggalkan dirimu..
diibaratkan diriku ini senyawa denganmu,
duka dirimu, duka jua buatku...
pilihanmu, pilihanku,
kesukaanmu, juga kesukaanku...
tiada bantahan dariku kerana ku tahu dirimu putuskan sesuatu itu untuk kejayaan dan kebahagiaanku..
aku ingin jadi anakmu yang terBAIK..
anak yang SOLEHAH...,penyejuk mata IBU dan AYAH...

IBU...,
sesungguhnya aku ini RINDU......
RINDU belaianmu, RINDU leteranmu, RINDU nasihatmu, RINDU kucupan dan pelukan hangatmu...

yaALLAH....,
lindungilah ibu ayah ku di sana...kasihani dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku....
jangan KAu bebankan mereka dengan sesuatu musibah yang tidak mampu mereka tanggung.. 
bahagiakan lah mereka di dunia dan di akhirat kelak...
AMIN......



Ya Allah,
Berilah mereka balasan yg sebaik2nya, atas didikan mreka pdku dan Pahala yg besar atas kesayangan yg mreka limpahkan pdku, peliharalah mreka sbgmn mreka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yg tlh mreka rasakan atau kesusahan yg mreka deritakan krnku, atau hilangnya ssuatu hak mreka krn prbuatanku, jadikanlah ia smua penyebab runtuhnya dosa2 mreka dan brtambahnya pahala kebaikan mreka dgn prkenanMu ya Allah, hanya Engkaulah yg berhak mbalas kejahatan dengan kebaikan dgn berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirahMu tlh mencapai mreka sbelumku, Izinkanlah mreka mberi syafa'at utkku. Ttapi jka sbaliknya, maka izinkanlah aku mberi syafa'at utk mereka, shgga kami smua brkumpul brsama dgn sntunanMu di tmpat kdiaman yg dinaungi kemulianMu, ampunanMu serta rahmat-Mu..Amiiinnn ya Rabbal 'Alamiiinnn..

..Ayah & Ibu..tetap sntiasa di hatiku..


Lelaki Idaman Hatiku

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM......


…..Lelaki Idaman hatiku…..

Lelaki idamanku adalah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah,
Lelaki idamanku adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki idamanku adalah lelaki yang menghormati ibunya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Lelaki idamanku sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,
Lelaki idamanku tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Lelaki idamanku sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idamanku adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawaku bersama,
Dialah lelaki idamanku..

Permulaan Kalam

Assalamualaikum warahmatullah.....

Permulaan kalam... ~~Tika Kalam Berbicara....~~

Segala puji hanyalah bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala semata, Yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa hidayah dan dien yang hak. Shalawat dan salam semoga tercurah atas pemimpin para rasul, yang diutus sebagai rahmat sekalian alam. Wa ba'du.


Alhamdulillah...walaupun ini hanya permulaan kalam, terasa bersemangat sangat...seolah-olah ditiupkan kekuatan dariNYA untuk memulakan dengan penaipan tinta di lappy cute peneman di setiap ketika. entah kenapa, hati ini begitu mendesak untuk memulakan kalam melalui blog... Satu ketika dulu, ada saje blog milikku..entah kenapa, semuanya jadi lupa kata laluannya...cukup lama...sekarang pasti dah bersawang.., penuh semak samun.... ^___^

Apa2 pn, harap sangat, wujudnya ~~Tika Kalam Berbicara...~~ ni mampu memberikan manfaat buat diriku dan semue. kekhilafan yang ada mohon maaf yang teramat sangat...
Tidak semue manusia itu sempurna..kesempurnaan itu milik-NYA..Tidak semue manusia itu tidak pernah melakukan dosa, melaikan S.A.W yang maksum.... teringat sabda baginda S.A.W..,

"Sesungguhnya seorang Mukmin bila mengerjakan satu dosa atau kesalahan, maka setiap kesalahan dan dosa itu akan berupa titik hitam pada hatinya. Dan bila dia menyedari dosa dan kesalahan itu, lalu menyesali dirinya dan meminta ampun, hatinya menjadi bersih. Tetapi bila kesalahan dosa itu ditambahnya, maka titik hitam itu akan bertambah pula sehingga hatinya akan menjadi gelap dan hitam seluruhnya. Inilah yang dikatakan Allah: Sungguh sudah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka itu."
(HR. Al-Hakim, Tarmizi dan Nasa')



Jelas bukan..? Allah tidak pernah memandang hina melaku dosa jika mereka sedar dan bertaubat kepadaNYA.. sesungguhnay kita ini insan biasa..tidak terlepas dari silap dan dosa. Kita bukan Nabi yang bisa sempurna..... yang memiliki sifat mulia yang tiada bandingannya..yang punyai hati suci tanpa secalit dosa..

Dalam sebuah syair dituturkan:
Yang harus kita maklumi, beliau hanyalah seorang manusia biasa.
Di samping beliau adalah hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang terbaik.
Allah Subhanahu wa Ta'ala mengistimewakan beliau dengan stempel putih kenabian.
Bagaikan cahaya yang terang bersinar.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menyertakan nama beliau dengan asma-Nya.
Saat muazzin mengumandangkan azan lima kali sehari semalam dengan bersyahadat.
Hingga nama beliau dipetik dari namaNya sebagai penghormatan.
Allah Subhanahu wa Ta'ala, pemilik 'Arsy adalah Yang Maha Terpuji,
Sementara beliau adalah yang terpuji...

Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang mengikuti jejak baginda dan meneladani kehidupan serta menapaki sunnah baginda.
yaAllah..., kumpulkan kami bersama badinda di Syurga 'Adn-MU. Dan berikan pahala yang sempurna bagi baginda  sebagai balasan atas seluruh yang telah baginda persembahkan. Shalawat dan salam semoga tercurah atas baginda, segenap keluarga serta sahabat...... 
aminn........

~salam Ma'al Hijrah 1433H~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...